Pasangan selebriti Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini Raharja sah menjadi suami isteri selepas melangsungkan acara akad nikah di sebuah hotel kawasan Kuningan, Jakarta Selatan pada pagi Jumat.
Menerusi satu hantaran di Instagram, pasangan suami isteri baharu tersebut memuat naik beberapa gambar di akaun masing-masing dengan catatan yang sama.
“Alhamdulillah SAH!,” katanya.
Sementara itu, menerusi satu lagi laporan KapanLagi, Ustaz Maulana dilaporkan turut hadir dalam majlis tersebut dan secara khusus diundang untuk memberikan nasihat pernikahan kepada kedua-dua pasangan selebriti itu.
“Di dalam (majlis) itu seperti biasanya yang dinamakan pernikahan. Mereka mengikuti adat Sunda. Keluarga dari pengantin perempuan juga ada. Tetapi keluarga perempuan memakai (baju) adat Bali,” katanya.
Ustaz Maulana juga berkata, majlis pernikahan tersebut berjalan dengan lancar, yang dimulai dengan bacaan ayat suci Al Quran kemudian diteruskan dengan acara ijab kabul yang diucapkan Rizky hanya sekali lafaz sahaja.
“Di dalam alhamdulillah suasana tenang, aman, syahdu, diawali dengan membaca Alquran, serah terima, kemudian akad nikah berjalan lancar. Cuma satu kali ucapan selesai,” ujar beliau.
Ustaz Maulana juga memberikan beberapa nasihat tentang pernikahan kepada pasangan tersebut iaitu menasihati kepada pengantin lelaki supaya bersabar terhadap pasangan, pesanan kepada isteri agar sentiasa taat kepada suaminya dan kedua-dua pasangan perlu memberikan sakinah (ketenteraman), mawaddah (rasa cinta) dan warrohmah (kasih sayang).
Untuk makluman, majlis pernikahan pasangan selebriti tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak serta teman rapat mereka sahaja.
Sumber: Instagram @rizkyfbian , @mahaliniraharja, KapanLagi