Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kaki Tangan Diikat, Mulut Disumbat Kain, OKU Bisu Maut Disamun

Seorang lelaki kurang upaya (OKU) ditemui mati dalam keadaan kaki dan tangannya diikat selain mulut disumbat dengan kain dalam kejadian samun di sebuah rumah di Guar Perahu, di Permatang Pauh pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, ibu mangsa turut ditemui dengan tangan dan kaki diikat menggunakan ‘cable tight’ serta mulut disumbat dengan kain dalam bilik berasingan.

Foto: Facebook

“Kejadian berkenaan disedari oleh bapa mangsa berusia 80-an yang mendapati rumahnya dalam keadaan berselerak sebelum membuat pemeriksaan di bilik isteri dan anak yang berusia 40-an.
“Hasil siasatan awal polis mendapati tempat kejadian merupakan rumah kampung dua tingkat dan hanya mereka bertiga tinggal di dalam rumah berkenaan,” katanya pada Rabu.

Foto: Facebook

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, pada jam 6.30 pagi, bapa mangsa yang tidur bilik berasingan mendapati keadaan rumah berselerak dipercayai disamun membuat pemeriksaan ke bilik isterinya dan menjumpai wanita itu dalam keadaan diikat, mulutnya disumbat dengan kain dan mengalami cedera di bahagian jari kanan.

“Pemeriksaan dibuat dibilik anaknya yang merupakan OKU bisu pula mendapati dia juga diikat dan mulutnya disumbat dengan kain namun dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan dari Hospital Bukit Mertajam di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya di hantar ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat,” tambahnya lagi.
@yayaunly

♬ Kamu Dan Kenangan – Shanna Shannon

Dalam pada itu, siasatan yang dilakukan mendapati dua orang suspek dipercayai terlibat dengan kejadian samun berkenaan dan mereka dipercayai bersenjatakan parang ketika melakukan jenayah terbabit.

Selepas berjaya masuk dan mengikat mangsa, suspek kemudiannya mengeledah rumah sebelum melarikan barang berharga, wang tunai serta sebuah televisyen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan daripada itu, seorang lelaki berusia 40-an telah ditahan bagi membantu siasatan dan hasil semakan mendapati suspek mempunyai 10 rekod jenayah lampau termasuk lima berkaitan dadah.

Helmi turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat dan melihat kejadian agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Assan Alimudin di talian 012-4418081 atau di mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Facebook IPD Seberang Perai Tengah, TikTok @yayaunly

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd