Bapa kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim menganggap anaknya itu tidak memiliki musuh sekali gus reda dengan ujian yang dihadapi.
Memetik laporan Kosmo! Online, Halim Saad yang berusia 60 tahun menyatakan hasratnya agar Faisal kembali sembuh serta dapat kembali beraksi seperti sedia kala.
Foto: IG Faisal Halim
Selain berharap agar pelaku yang telah menganiaya tonggak utama Harimau Malaya itu insaf, dia juga menyerahkan segala siasatan kepada pihak berkuasa dan membawa suspek berkenaan ke muka pengadilan.
Foto: Flashsukan.com
“Saya nak dia (Faisal) kuatkan diri dan teruskan dengan kariernya. Kita pakat-pakat doakannya dan terima kasih kepada pihak yang bertanggungjawab yang ambil kes ini serta soal siasat mencari semua pelaku,” katanya pada Rabu.
Dalam pada itu, Halim berkata, anak keempat daripada lima adik beradik itu tidak mempunyai musuh memandangkan Faisal disifatkan sebagai seorang yang peramah dan tidak pernah berselindung.
“Faisal tak ada musuh dengan siapa-siapa sebab dia tak pernah nak berselindung diri, lari daripada orang.
“Saya rasa dia tak ada cemburu atau apa-apa. Dia seorang yang macam saya jugalah. Kadang-kadang kelakar dan friendly (peramah),” ujarnya.
Meskipun Halim terkejut dengan insiden yang telah menimpa anaknya itu, namun dia telah menerima segala ujian dengan reda.
@majoritiofficial Wahh, bukan biasa-biasa, tahniah Mickey! #protonx50 #faisal #selangor
“Ketika ini, hanya isteri dia seorang sahaja yang dibenarkan masuk untuk elak daripada jangkitan kuman. Saya tak mahu dia trauma dan nak jaga emosi serta mentalnya sahaja ketika ini.
“Walaupun orang anggap ini sebagai kifarah dia, saya terima,” jelasnya.
Difahamkan, balutan di kepala Faisal telah dibuka semalam tetapi dia masih memerlukan pemantauan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Shah Alam.
Sumber: Kosmo! Online (Noor Hasliza Nusi)