Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

JDT Kecewa Keputusan Selangor FC Tidak Sertai Piala Sumbangsih

Kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) kecewa dengan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih pada hari Jumaat ini.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, perkara itu diluahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak JDT, Alistair Edwards.

View this post on Instagram

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

JDT dalam satu kenyataan berkata, Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Johor akan menggandakan kehadiran dengan 1,500 anggota polis untuk memberi jaminan, mereka akan mengutamakan keselamatan pasukan, pemain dan penyokong.

“Kami sememangnya mengutuk keras insiden yang melibatkan Faisal Halim dan juga ancaman yang diterima oleh beberapa individu di Selangor FC tetapi kami berharap agar Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan ini.
“Ini kerana ianya boleh menetapkan ‘precedent’ untuk mana-mana pasukan menarik diri kerana berasakan tidak selamat meskipun mendapat jaminan daripada Polis DiRaja Malaysia,” katanya pada Rabu.

Foto: Asean Football Federation

Dalam pada itu, JDT memberitahu walaupun mereka pernah diserang dalam keadaan yang ‘hostile’ di Pahang, Perak dan Kelantan sebelum ini tetapi mereka masih ke gelanggang lawan dan bermain dalam perlawanan yang dikawal ketat pihak polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sedangkan, kumpulan Selangor tidak pernah diserang di Stadium Sultan Ibrahim. Malahan pasukan dan penyokong mereka dikawal oleh polis ke dalam stadium dan sehingga ke bas dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini.

“Meksipun kejadian baru-baru ini yang menimpa Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim membimbangkan, kita perlu meletakkan kepercayaan kepada pihak berkuasa bukan hanya untuk menyiasat kes-kes ini tetapi juga untuk menjaga keselamatan dan memastikan musim bola sepak 2024-25 berjalan lancar,” ujarnya lagi.

Foto: Harian Metro

Terdahulu, Selangor FC mengumumkan untuk tidak berentap ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024/25 menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri esok susulan kebimbangan berhubung keselamatan para pemain.

Sumber: Instagram @officialjohor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd