Penyanyi terkenal Indonesia, Mahalini Raharja bakal memeluk agama Islam sebelum melangsungkan perkahwinan bersama kekasihnya, Rizky Febian pada 8 Mei ini di Jakarta.
Perkara ini disahkan oleh bapa Rizky, Sule menerusi vlog di Youtube SL Media, memaprkan majlis yang diraikan itu merupakan upacara ‘mepamit’ iaitu adat dalam agama Hindu di Bali yang dilakukan sebelum seseorang menikah.
“Jadi ini adalah acara mepamit pamitan daripada keluarga dan juga leluhurnya (nenek moyang) Lini (Mahalini).
“Bahawasanya Lini akan berpindah agama dan sudah diizinkan dan diperbolehkan untuk menikah secara agama kami (Islam) nanti di Jakarta,” katanya menerusi video.
Foto: Instagram @mahaliniraharja
Tular di media sosial menunjukkan keadaan kediaman Mahalini di Denpasar, Bali dipenuhi hiasan mengikut istiadat Bali sekali gus mengundang tanda tanya buat netizen Indonesia.
“Upacara ‘mepamit’ tersebut juga menandakan bahawa Mahalini sudah boleh memeluk agama Islam dan boleh mendirikan rumah tangga,” katanya lagi.
Foto: Instagram @mahaliniraharja
Memetik laporan yang dikeluarkan Suara.com, pernikahan Mahalini dan Rizky Febian menjadi salah satu pernikahan yang paling ditunggu-tunggu oleh rakan-rakan selebriti dan para peminat kedua-duanya.
Untuk rekod, Rizky dan Mahalini telah mengikat tali pertunangan pada 7 Mei tahun lalu dan hubungan mereka menjadi perhatian susulan perbezaan agama antara Rizky yang beragama Islam manakala Mahalini penganut agama Hindu.
Majlis pertunangan yang diadakan di The Langham Jakarta itu terasa sangat istimewa dan dihadiri sekitar 200 tetamu jemputan daripada keluarga dan rakan-rakan pengantin.
Sumber: YouTube SL Media, Artikel Suara.com