Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas Dua Kenderaan, Cetus Kekecohan Ketika Pengebumian Pegawai TLDM

Polis mengesahkan menerima laporan mengenai insiden kekecohan yang berlaku semasa upacara pengebumian Pegawai Pemerintah Skuadron 503 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli di Masjid Jamek Sungai Nibong di sini, pada malam semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta berusia 46 tahun terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid berkenaan.

Foto: Harian Metro

“Kenderaan terbabit kemudian dikerumuni orang ramai dan pemandu kereta tertekan hon akibat berasa panik dengan keadaan itu.
“Berikutan itu berlaku kekecohan dan kenderaan pengadu mengalami sedikit kerosakan.
“Bagaimanapun kekecohan itu berjaya dileraikan oleh pasukan polis dan anggota TLDM yang berada di lokasi kejadian,” katanya menerusi satu kenyataan pada hari ini.
@shah_ijar

Hormat ler sikit jenazah dan keluarga mereka. Masa turun jenazah di Sungai Nibong, ada sekor ni pi horn sampai org awam naik berang…. #viral #fyp

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ bunyi asal – @be_Shah☺️ – @be_Shah☺️

Sehubungan itu, Razlam memberi nasihat kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengugat ketenteraman awam serta menjejaskan siasatan polis.
Katanya lagi, kes akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.
Terdahulu, tular di media sosial dua video insiden kekecohan yang berlaku semasa berlangsung istiadat kawalan jenazah Allahyarham Firdaus di sebuah masjid di Pulau Pinang.
Video berdurasi 11 dan lapan saat itu memaparkan kekecohan yang berlaku termasuk kerosakan pada cermin di bahagian pemandu yang pecah disebabkan insiden berkenaan.

Sumber: Facebook IPD Timur Laut, Pulau Pinang

+ posts

Avatar
Ditulis oleh Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd