TikTok Pte. Ltd. (TikTok) didakwa akan memfailkan tuntutan mahkamah untuk menyekat undang-undang Amerika Syarikat (AS) yang mengharamkan (banned) penggunaan aplikasi tersebut di AS kerana terdapat dakwaan ia dikawal oleh kerajaan China.
Menerusi satu laporan Variety Media, Ketua Pegawai Eksekutif TikTok Shou Zi Chew berkata, TikTok akan terus memperjuangkan hak pengguna di mahkamah dan mengulangi dakwaannya bahawa undang-undang baru itu adalah percubaan oleh penggubal undang-undang AS bagi ban aplikasi tersebut.
Foto: Variety Media
“Jangan buat kesilapan, ini merupakan pengharaman. Ban TikTok dan ban ke atas anda dan suara anda. Ia jelas merupakan saat yang mengecewakan tetapi ia tidak perlu menjadi satu yang menentukan,” katanya.
Beliau juga berkata bahawa permasalahan tersebut sebenarnya ironik kerana kebebasan bersuara di TikTok sama dengan mencerminkan nilai-nilai orang Amerika yang menjadikan Amerika Syarikat sebagai satu suara kebebasan.
“Yakinlah, kami tidak akan ke mana-mana. Fakta-fakta dan perlembagaan berada di pihak kami, dan kami menjangkakan akan menang.
“Walaupun kes ini kami sedang bawa di mahkamah, anda masih boleh menikmati TikTok seperti sebelum ini,” ujar beliau.
Terdahulu, Kongres Amerika telah meluluskan undang-undang yang memerlukan aplikasi popular media sosial, TikTok dilucutkan daripada syarikat ByteDance yang berpangkalan di China atau ia akan disekat daripada pasaran Amerika pada 23 April lalu.
Foto: AFP
Hal ini berikutan AS dan pegawai negara Barat yang lain meluahkan kebimbangan terhadap tahap populariti aplikasi tersebut dalam golongan muda, sambil mendakwa ia membolehkan Beijing untuk mengumpul data dan melakukan perisikan terhadap para pengguna.
Di bawah Rang Undang-Undang tersebut, Syarikat ByteDance yang berpangkalan di China perlu menjual aplikasi itu dalam tempoh setahun atau dikecualikan daripada aplikasi Apple dan Google di Amerika Syarikat.
Sumber: Variety Media (Todd Spangler)