Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PAS Puji Kecekapan Menteri Pertahanan Tangani Insiden Nahas Helikopter

Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),  semalam.

Menurut YouTube KiniTV, tidakan tersebut termasuklah dengan membatalkan acara sambutan ulang tahun TLDM yang dijadualkan Jumaat ini untuk digantikan dengan majlis tahlil dan doa selamat.

“PAS juga menyambut baik jaminan beliau untuk bukan sahaja membantu menguruskan jenazah mangsa, tetapi juga mengurus semua manfaat serta faedah- faedah yang sewajarnya diterima oleh balu dan keluarga mangsa bagi menjaga kebajikan mereka.

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Walaupun tidak menetapkan had masa untuk menyediakan laporan interim kejadian, jaminan menteri untuk melakukannya, selain keputusan kementerian untuk menubuhkan sebuah lembaga siasatan TLDM bagi mengenal pasti punca kejadian adalah langkah yang tepat dan sewajarnya disegerakan tanpa lengah,” puji Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin turut menjelaskan, kehilangan serentak anggota seramai itu yang rata-rata dilaporkan berusia bawah 40 tahun adalah kerugian besar kepada pasukan, negara serta seluruh rakyat Malaysia dan lebih-lebih lagi keluarga mangsa terbabit.

Foto: Free Malaysia Today

“PAS mengucapkan takziah kepada keluarga semua anggota terlibat dengan harapan mereka akan menemui kekuatan untuk mengharungi kehilangan ini dengan tabah dan sabar, selain mendoakan kesejahteraan dan kebaikan kepada mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, menteri berkenaan turut merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas tragedi yang meruntun hati itu.

Sumber: YouTube KiniTV

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Ditulis oleh Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd