Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Tiada Sebarang Kemenangan, Harimau Muda Tamatkan Kempen Di Qatar

Skuad Harimau Muda menamatkan kempen Piala Asia-B 2024 setelah ditewaskan oleh Kuwait sebanyak 2-0, awal pagi tadi.

Memetik laporan Bernama, pasukan kebangsaan bawah 23 tahun itu menamatkan kempen tanpa mencatatkan sebarang mata setelah kalah 1-2 kepada Kuwait pada perlawanan terakhir kumpulan D yang berlangsung di Stadium Al Janoub, Al Wakrah.

Foto: IG FAMalaysia

Skuad yang dikendalikan oleh Juan Torres Garrido itu mengakhiri kempen tersebut apabila berada di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan setelah kalah 0-2 kepada Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perlawanan tersebut menyaksikan Harimau Muda yang terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel diberi kad merah sekali gus menjejaskan momentum permainan.

Susulan itu, Garrido dikatakan telah membawa masuk penjaga gol gantian, Muhammad Firdaus dengan mengorbankan penyerang, Luqman Hakim demi mengisi kekosongan gawang Malaysia.

Foto: IG FAMalaysia

Video Bantuan Pengadil (VAR) yang mengesan kesalahan Muhamad Umar Hakeem kerana mengasari Talal Al Qaisi telah menyumbang mata kepada pihak lawan dengan sepakan penalti daripada Salman pada 15 minit terakhir masa tambahan babak pertama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, Muhammad Firdaus berjaya menepis percubaan Salman pada minit ke-59 setelah Muhammad Mukhairi terlepas peluang untuk menyamakan mata untuk Malaysia pada minit ke- 56.

Dalam pada itu, Garrido turut meluahkan rasa kecewa serta meohon maaf kepada penyokong skuad kebangsaan kerana gagal ke peringkat kalah mati pada kempen ini.

Foto: IG FAMalaysia

“Bersaing pada perlawanan ini selepas dua kekalahan beturut-turut adalah amat sukar sekali…lebih-lebih lagi terpaksa beraksi dengan 10 pemain.
“Kami tidak boleh bersikap positif terhadap itu (keputusan) kerana jangkaan kami berbeza dan sukar untuk ditakrifkan kerana apabila bercakap mengenai prestasi, analisis saya adalah satu (dan) apabila ia datang kepada keputusan dan apa yang berlaku dalam perlawanan itu agak berbeza,” katanya ketika sidang media pasca perlawanan.

Dia juga tidak menafikan kesukaran beraksi dengan hanya 10 orang pemain setelah pasukannya itu mengalami dua kekalahan berturut-turut.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd