Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tragedi Helikopter Terhempas, TLDM Kota Kinabalu Adakan Bacaan Yasin Dan Tahlil

Majlis bacaan Yasin dan tahlil kru yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak pagi tadi telah dilaksanakan di Masjid Ibnu Battuta, Pangkalan TLDM di Kota Kinabalu.

Dalam hantaran di Facebook Markas Pemerintahan Armada Timur, warga Pangkalan TLDM Kota Kinabalu mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa nahas insiden tersebut.

Foto: FB Markas Pemerintahan Armada Timur

“Sesungguhnya pemergian Allahyarham dan Allahyarhamah adalah satu kehilangan besar kepada negara.
“Semoga segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkannya akan mendapat sebaik-baik ganjaran di sisi Allah SWT.
“Kami mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan bersemadi bersama orang yang beriman dan beramal soleh,” tulisnya.

Foto: FB Markas Pemerintahan Armada Timur

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hantaran tersebut turut mendoakan kesemua mangsa dan diiringi dengan surah Al-Fatihah.

Terdahulu, dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut pada Selasa.

Difahamkan dua helikopter terbabit sedang membuat raptai sempena Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Mei depan di Pangkalan TLDM Lumut.

Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan helikopter Fennec TLDM yang terhempas itu telah mengakibatkan seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas ketika melakukan latihan lintas hormat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Markas Pemerintahan Armada Timur

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial kemalangan ngeri di persimpangan lampu isyarat Matahari Height Senawang kelmarin hingga mengakibatkan 2 remaja maut selepas dirempuh sebuah kereta jenis...

Sukan

Bekas pemain bola Sri Pahang FC, Mohammad Gopi Rizqi tidak menyangka gambarnya sedang berniaga air balang di Kampung Api- api, Pontian tular di media...

Nasional

Tiga penyampai radio kini disiasat polis susulan dakwaan mempersenda agama Hindu dalam satu video yang tular hari ini. Memetik laporan dari Harian Metro, Ketua...

Nasional

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) nasihat semua pihak supaya menjaga sensitiviti keagamaan dalam setiap tindakan dan pertuturan terutama ketika memuat naik kandungan di media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd