Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PM Anwar Minta Jangan Mudah Buat Andaian Kes Ismail Sabri

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan agar semua pihak tidak terburu-buru membuat andaian mengenai siasatan melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jangan mudah buat andaian kes Ismail Sabri

Menurut laporan Bernama, beliau yang juga Menteri Kewangan menekankan bahawa siasatan perlu diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk dijalankan secara telus dan adil.

“Prinsipnya, siasat tanpa mengira siapa pun yang terlibat. Saya tidak menghalang tindakan, tetapi pada masa yang sama, jangan menghukum sebelum proses siasatan selesai,” katanya selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.

kes Ismail Sabri

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam baki berkata, Ismail Sabri yang juga bekas Perdana Menteri kesembilan dianggap sebagai suspek dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram yang disiasat agensi tersebut.

Artikel lain: Faktor Kesihatan, SPRM Tangguh Rakam Percakapan Ismail Sabri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia susulan penemuan wang tunai berjumlah RM170 juta dalam pelbagai mata wang serta jongkong emas di sebuah kondominium di ibu negara yang dipercayai dijadikan ‘safe house’ oleh bekas pembantu kepada Ismail Sabri.

Setakat ini, SPRM telah merakam percakapan 31 individu dan membekukan 13 akaun bank bernilai kira-kira RM2 juta dengan kesemua akaun adalah sah dan aktif.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd