Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Arab Saudi Dilapor Haramkan Arak Pada Piala Dunia 2034

Arab Saudi dilapor haramkan arak semasa Piala Dunia 2034, kata duta negara tuan rumah iaitu Khalid Bandar Al Saud di United Kingdom.

Memetik laporan Reuters, badan induk bola sepak dunia, FIFA secara rasmi telah mengumumkan Arab Saudi sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034 pada Disember lalu.

Arab Saudi dilapor haramkan arak pada Piala Dunai 2034

Arab Saudi dilapor haramkan arak pada Piala Dunai 2034

Khalid berkata peminat bola sepak masih boleh bergembira pada Piala Dunia tanpa memerlukan alkohol disamping memaklumkan pihaknya tidak menyediakan minuman keras.

Artikel lain: Kanak-Kanak Dilapor Dilarang Sertai Musim Haji 2025 – Kerajaan Arab Saudi

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Anda boleh berseronok tanpa alkohol, alkohol bukan sesuatu yang 100 peratus diperlukan. Jika anda mahu meminum alkohol selepas keluar, anda dialu-alukan.
“Tapi buat masa ini, kami tidak mempunyai alkohol. Sama seperti cuaca kami, negara kami adalah ‘kering’.
“Setiap orang ada budaya mereka sendiri. Kami gembira untuk menerima orang lain dalam budaya kami, tetapi kami tidak mahu mengubah budaya kami untuk orang lain,” katanya kepada stesen radio Britian, LBC pada Rabu.

Tahun lalu, Arab Saudi mengumumkan telah membuka satu kedai alkohol di Kawasan Diplomatik Riyadh bagi membanteras pasaran gelap dan import haram.

Bagaimanapun, kedai itu hanya untuk diplomat bukan Muslim dan mereka perlu menunjukkan kad pengenalan diplomatik sebelum membeli.

Sumber: Reuters

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd