Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Tak berminat, Elon Musk Tiada Rancangan Beli TikTok

Bilionair Elon Musk tiada rancangan beli TikTok, aplikasi yang cuba diharamkan di Amerika Syarikat oleh pemimpin negara itu atas alasan bimbang atas keselamatan negara kerana ia dimiliki syarikat China, ByteDance.

Memetik laporan Reuters, Musk mengeluarkan kenyataan tersebut pada hujung bulan Januari lalu namun diterbitkan pada Sabtu oleh WELT Group.

Elon Musk tiada rancangan beli TikTok

Elon Musk Tiada Rancangan Beli TikTok

“Saya tidak membuat tawaran untuk membeli TikTok. Saya juga tidak mempunyai sebarang rancangan jika saya memiliki TikTok,” kata Musk.

Musk berkata demikian seminggu selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan beliau terbuka dengan idea pemilik syarikat Tesla itu membeli aplikasi TikTok jika dia mahu.

Dalam pada itu, Musk juga berkata dia tidak menggunakan aplikasi tersebut dan kurang memahami format yang digunakan oleh TikTok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya tidak begitu teruja untuk dapatkan TikTok dan sangat jarang untuk saya membeli syarikat lain. Saya selalunya akan bina syarikat dari bawah,” jelasnya.

Artikel lain: Tidak Sampai 24 Jam Ditutup, TikTok Kembali Beroperasi Di AS

Tambahnya, pembelian bernilai bilion dolar terhadap platform media sosial Twitter yang kini dikenali sebagai X, adalah suatu yang luar biasa.

Sebelum ini, Trump telah menandatangani perintah eksekutif untuk menangguhkan penguatkuasaan larangan terhadap aplikasi video pendek itu, yang dijadualkan ditutup pada 19 Januari lalu.

Walaupun didorong Trump, Elon Musk tiada rancangan beli TikTok

Trump turut berkata beliau sedia berbincang dengan beberapa pihak mengenai pembelian TikTok dan kemungkinan keputusan mengenai masa depan aplikasi itu ditentutan dalam bulan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, App Store dan Google Play masih belum mengembalikan TikTok di kedai aplikasi mereka sejak undang-undang pengharaman berkuatkasa.

Bagaimanapun, TikTok pada Jumaat menyatakan bawaha pengguna Android di Amerika Syarikat boleh memuat turun aplkias tersebut melalui pakej kit di laman webnya.

Sumber: Reuters

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Lokal

Bangunan seakan ‘flat’ dan perkampungan warga asing di Sungai Tekali yang tular di media sosial serta dikaitkan dengan komuniti Rohingya akan dirobohkan mengikut tindakan...

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Nasional

Kecemerlangan dalam pendidikan bukan sekadar menjadi kebanggaan keluarga, malah mencerminkan komitmen, disiplin dan daya juang tinggi yang diterapkan dalam kalangan anak-anak warga Kementerian Pertahanan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd