Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Niat Nak Beli Air Balang Gopi, Isteri Terhibur Suami Pulang Dengan ‘Femes’ Masuk TV3

Niat Nak Beli Air

Perkongsian seorang pengguna di platform TikTok dengan niat nak beli air balang dijual bekas pemain bola Sri Pahang FC, Mohammad Gopi Rizqi telah menarik perhatian ramai.

Kongsi pengguna @tswinar, pada awalnya dia dan suami hanya singgah membeli air, namun tidak menyangka akan ditemubual wartawan, sekali gus masuk ke segmen berita Buletin TV3.

“Niat nak beli air dengan bekas pemain Johor Darul Ta’azim.
“Tiba-tiba kena interview dengan TV pula..”katanya ringkas dengan nada terhibur.

Niat Nak Beli Air Balang Gopi

Dalam hantaran lain, isteri kepada Mohd Nazri Md Rashid itu juga berkongsi rakaman temubual suaminya sebagai peminat kepada Mohammad Gopi.

Artikel lain: Gaji Tertunggak Lapan Bulan, Pemain Bola Berniaga Air Balang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sampai kejung eh?

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur dengan kelakuan lelaki itu ketika ditemubual pihak TV3.

Terdahulu, tular beberapa foto memaparkan Mohammad Gopi sedang berniaga air balang di Kampung Api- api, Pontian.

Menurutnya, masalah tunggakan gaji bersama sebuah pasukan di ibu negara sejak lapan bulan lalu menyukarkan kehidupan sekali gus terpaksa mencari pendapatan lebih untuk menyara isterinya Nor Hidayah Roslan, 38, serta dua orang anak mereka yang masih kecil.

Untuk rekod, Gopi pernah bermain dalam saingan Liga M bersama Pahang dari 2010-2015, diikuti Selangor (2016), Johor Darul Ta’zim (JDT) (2017-2018), Melaka United (2018), Polis Diraja Malaysia (PDRM) (2019) dan Pahang (2020).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok itswinar

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd