Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Demi ‘Sign’ Pinjaman, Wanita Bawa Mayat Bapa Saudara Ke Bank

Seorang wanita dari Brazil membawa mayat bapa saudaranya ke sebuah bank demi mendapatkan tanda tangan untuk membuat pinjaman.

Menerusi satu perkongsian di video Tiktok @pretolima128, dapat dilihat seorang wanita yang dikenali sebagai Erika de Souza Vieira Nunes sedang berurusan di kaunter bank sambil membawa seorang lelaki yang kelihatan pucat dan longlai.

Foto: Diariodonordeste 

Rakaman yang tular di sosial media itu turut memperlihatkan Erika memanggil lelaki di atas kerusi roda berkenaan dengan panggilan ‘pak cik’ berulang kali.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@pretolima128

Mulher leva idoso morto ao banco e tenta retirar empréstimo após levar um cadáver em uma cadeira de rodas para uma tentativa de empréstimo de R$ 17 mil em uma agência bancária de Bangu, na Zona Oeste do Rio de Janeiro. O homem de 68 anos e estava morto haviam algumas horas.🥺😔😢 Meus sentimentos q Deus conforte o coração da família e amigos 🥀🖤

♬ som original – preto lima

Difahamkan, Erika membawa bapa saudaranya Paulo Roberto Braga ke bank untuk menandatangani pinjaman atas namanya sebanyak RM15,500.

Meskipun pegawai bank telah menegur tentang keadaan Paulo yang dilihat sudah lemah, namun Erika dilihat masih berusaha untuk membuat bapa saudaranya itu memegang sebatang pen lalu meninggalkan tanda tangan di atas kertas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan dengan itu, perilaku aneh wanita terbabit terhadap lelaki berusia 68 tahun itu turut menimbulkan tanda tanya pegawai bank berkenaan.

“Erika tahu dia sudah mati. Dia cuba berpura-pura meminta lelaki itu menandatangani pinjaman. Lelaki itu sudah  mati ketika masuk ke dalam bank,” katanya.

Memetik laporan Wionews, Ketua Polis dan Pegawai Penyiasat, Fabio Luiz Souza menyatakan bahawa lelaki itu telah menghembuskan nafas terakhir sejak dia dibawa masuk ke dalam bank dan Erika dikatakan hanya berpura-pura tidak tahu tentang hal tersebut.

@pretolima128

Um vídeo cedido mostra Érika de Souza Vieira Nunes ao lado do cadáver do ‘Tio Paulo’ em uma cafeteria em um shopping em Bangu, no Rio de Janeiro, momentos antes dela levar o corpo do idoso morto para uma agência bancária no mesmo shopping e tentar fazer um empréstimo de R$ 17 mil. Érika foi presa por tentativa de furto mediante fraude e vilipêndio a cadáver.

♬ som original – preto lima

Video berikutnya menunjukkan Erika sedang duduk bersama jasad Paulo di sebuah kafe pusat beli-belah beberapa seketika sebelum dibawa ke bank.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, kini Erika telah ditahan oleh pihak berkuasa atas tuduhan mencuri dengan menipu serta ‘mempergunakan’ mayat.

Sumber: TikTok @pretolima128, WION

+ posts

Avatar
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd