Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

‘SPOT’ Temukan Zico Dan Jennie, Duet Bersama Buat Peminat Teruja

Penyanyi versatil Korea Selatan, Jennie Kim atau mesra disapa Jennie, telah menghebohkan para peminat apabila berkolaborasi  bersama Zico menerusi lagu baharu.

Zico yang juga merupakan penyanyi rap Korea Selatan telah mengumumkan tarikh keluaran single digital ke-11 milliknya berjudul SPOT dengan menampilkan duet bersama Jennie dari kumpulan BLACKPINK.

View this post on Instagram

A post shared by 우지호/ZICO (@woozico0914)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi instagram Zico, lagu yang sudah dinanti-nantikan itu akan dikeluarkan pada jam 6 petang 26 April 2024 waktu Korea Selatan.

Disebabkan teaser karya terbaru Zico itu telah dikongsikan di pelbagai platform media sosial termasuklah YouTube, respon positif diterima dan dijangka mendapat sambutan hangat daripada kedua-dua peminat.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by 우지호/ZICO (@woozico0914)

Dalam video berdurasi 20 saat itu, dua selebriti Korea Selatan yang cukup berpengaruh itu kelihatan teruja mendengar rakaman yang telah siap, sekali gus mengusik peminat dengan lagu yang akan dikeluarkan nanti.

Dalam pada itu, para BLINKS sudahpun membanjiri ruangan komen meluahkan rasa teruja dengan kerjasama antara Zico dan  Jennie buat kali pertama berduet bersama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Zico sebelum ini pernah berduet bersama IU menerusi lagu SoulMate, Summer Hate duet bersama Rain, Eureka duet bersama Zion T. dan beberapa penyanyi lagi.

Terbaharu, Jennie melakukan duet bersama Matt Champion menerusi lagu Slow Motion dan sebelum ini bersama The Weeknd menerusi lagu One of The Girls.

Sumber: Instagram @woozico0914

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Ditulis oleh

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Filem

Pengarah filem Menjelang Ajal, Hadrah Daeng Ratu memberitahu filem yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 15 Mei ini adalah diilhamkan daripada kisah benar yang...

Lokal

Seorang jurukimpal dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun beserta satu sebatan selepas mengaku bersalah atas dakwaan merogol kanak-kanak perempuan di Bachok, Kelantan dua minggu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd