Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Ramai Kecam LE SSERAFIM Di Coachella, Kualiti Vokal Kurang Memuaskan

Walaupun mempamerkan persembahan hebat di festival Amerika yang berprestij, kumpulan LE SSERAFIM berdepan kritikan kerana kurang kemahiran dalam menampilkan kualiti vokal yang memuaskan hati peminat.

LE SSERAFIM membuat persembahan pada 13 April lalu di salah satu festival muzik terbesar di Amerika, Festival Muzik dan Seni Coachella Valley, tetapi mereka menerima kritikan kerana tidak memenuhi jangkaan dari segi lontaran vokal.

Foto: Vogue

Untuk persembahan Coachella mereka, LE SSERAFIM menyediakan lagu yang belum dikeluarkan ‘1-800-Hot-n-Fun’ dan mengadakan persembahan khas bersama dengan pemuzik terkenal Amerika, Nile Rodgers untuk lagu utama mereka ‘UNFORGIVEN’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di sebalik usaha dan keazaman mereka, peminat dan pengguna media sosial berpendapat bahawa kebolehan vokal mereka dilihat sebagai tidak mencukupi untuk mereka beraksi di pentas besar tersebut.

Foto: X

Perkhidmatan rangkaian sosial (SNS) dan forum dalam talian kini sedang hangat dengan kritikan mengenai video persembahan berkenaan selain sarat dengan komen yang mengkritik kebolehan vokal mereka.

Walau bagaimanapun, masih ramai mempertahankan bahawa persembahan LE SSERAFIM pada kali ini jauh lebih baik dari sebelum ini dan mendapat sokongan serta sorakan dari pengunjung yang hadir ke festival tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Billboard

Pada tahun 2019, BLACKPINK menjadi kumpulan gadis K-Pop pertama yang membuat persembahan di Coachella sehingga menerima pujian, menjadikan perbandingan antara persembahan BLACKPINK dan LE SSERAFIM tidak dapat dielakkan.

Beberapa netizen menyatakan bahawa jika LE SSERAFIM telah menimba lebih banyak pengalaman di pentas besar seperti jelajah dunia sebelum membuat persembahan di Coachella, isu-isu seperti itu boleh dielakkan.

Sumber: Allkpop

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Ditulis oleh Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

BERSATU membuat keputusan untuk memecat Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi dan Ahli Dewan Negeri (Adun) Selat Kelang, Abdul Rashid Asari berkuat kuasa serta...

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd