Syarikat pengurusan Park Bo Ram, Xanadu Entertainment mengeluarkan amaran keras kepada mana-mana pihak yang bertindak menyebarkan berita tidak benar berkenaan kematian penyanyi tersebut pada Khamis lalu.
Menurut laporan Korea JoongAng Daily, salah seorang wakil berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap berita palsu dan fitnah sementara keputusan hasil bedah siasat mendiang belum dikeluarkan.
Foto: The Star
“Park Bo-ram sebelum ini telah menderita menerima komen-komen jahat berdasarkan berita yang belum disahkan benar sejak beliau memulakan kerjayanya.
“Berita palsu yang sedang disebarkan, walaupun selepas kematiannya, adalah perbuatan jenayah yang tidak dapat dipertikaikan yang tidak berbeza seperti menyebabkan kematian kali kedua.” katannya.
Wakil syarikat itu juga berkata, beberapa video yang mengandungi maklumat palsu mengenai penyanyi itu dan kematiannya telah dimuat naik ke saluran media sosial terutamanya YouTube sejak Khamis lalu.
“Pihak syarikat, keluarga dan kenalan rapat mendiang turut terkejut dan terkesan dengan pemergian Park Bo Ram.
Foto: Google
“Kami mohon sesiapa yang ada memuat naik kenyataan, foto atau pun video berkaitan kematian mendiang sila padam atau berdepan tindakan,” ujarnya.
Untuk makluman, Park telah ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik air sebelum dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia kira-kira dua jam selepas itu.
Pengebumian penyanyi berusia 30 tahun itu dilaporkan akan berlangsung selepas bedah siasat dijalankan pada hari ini.
Sumber: Korea JoongAng Daily (Kim Ju Yeon)