Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Muat Naik Hantaran Hina Agong, UMNO Johor Mahu Tindakan Tegas Diambil Terhadap Hezry

Pemuda UMNO Bahagian Johor mahu tindakan tegas dikenakan ke atas individu yang didakwa memuat naik hantaran menghina Yang di-Pertuan Agong di media sosial pada Jumaat lalu.

Menerusi laporan Sinar Harian, Timbalan Pengerusi UMNO Johor Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tindakan tegas mengikut undang-undang perlu diambil bagi memberi pengajaran agar tidak menyentuh isu bangsa, agama dan raja (3R) yang boleh mencetuskan sentimen perkauman di negara.

Foto: Sinar Harian

“Individu berkenaan wajar diambil tindakan segera lebih-lebih lagi selepas laporan polis dibuat oleh 26 Pemuda UMNO Bahagian di Johor.
“Ia penting agar ada tindakan undang-undang dikenakan terhadap sebarang muat naik hantaran yang menyentung 3R seumpama ini. Jika perkara ini dibiarkan berterusan, ia akan menjadi api dalam sekam,” katanya pada Ahad.

Timbalan Menteri Kerja Raya tersebut juga menyatakan sokongan penuh ke atas tindakan Pemuda UMNO Johor yang mengarahkan kesemua 26 bahagian sayap membuat laporan polis terhadap individu terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Laporan polis itu wajar sebagai tindak balas kepada penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang sebagai Ketua Agama dan Pemerintah Negeri Johor yang menaungi rakyat negeri ini,” ujar beliau.

Foto: FB Hezry Yasin

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang Madyasir Ahmad Basir berkata, kenyataan dimuat naik individu terbabit berunsur fitnah yang boleh menjatuhkan dan menghina Institusi Diraja di negara ini.

“Jadi, dia nak katakan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak pertahankan dan perjuangkan Islam bila diancam.
“Oleh itu, kita buat laporan polis agar pihak berkuasa dapat ambil tindakan sewajarnya kerana kita tidak mahu lagi isu-isu sebegini mengundang rasa tidak hormat dan penghinaan terhadap Institusi Diraja berterusan,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Media Baharu Pemuda PAS Selangor Hezry Yasin telah memuat naik satu hantaran di media sosialnya menyatakan tidak menadah tangan ketika doa dibacakan untuk Sultan dan Agong ketika solat Jumaat.

Foto: FB Hezry Yasin

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hezry juga berkongsi bahawa doanya hanya diberi kepada pemimpin yang meletakkan agama di tempat pertama dan memperjuang serta mempertahankan Islam terutama ketika diancam.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan telah menerima laporan berhubung isu berkenaan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd