Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PTPTN Umum Dividen SSPN 3.60 Peratus Bagi 2023

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) umum agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2023 adalah sebanyak 3.60 peratus membabitkan anggaran peruntukan berjumlah RM357.65 juta yang akan memberi manfaat kepada 6.25 juta akaun.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ia akan memberi manfaat kepada 6.52 juta pendeposit akaun Simpan SSPN dan menjadikan jumlah keseluruhan agihan dividen adalah RM1.69 bilion sejak Simpan SSPN diperkenalkan pada tahun 2004.

Beliau berkata, pemberian dividen lebih tinggi ini sekali gus menunjukkan kecekapan PTPTN dalam menguruskan dana simpanan dengan efektif berlandaskan tadbir urus cemerlang, berintegriti dan strategik bagi memastikan pulangan optimum kepada pelanggan.

“Pemberian dividen yang lebih tinggi ini disokong oleh pulangan pelaburan yang positif dengan keuntungan pelaburan deposit bagi tahun 2023 adalah berjumlah RM446.22 juta.
“Prestasi pelaburan terus meningkat pada tahun 2024 berdasarkan pencapaian suku pertama tahun 2024 yang lebih baik berbanding tempoh yang sama tahun 2023,”ujarnya.

Artikel lain: Bantu Langsaikan Hutang Pelajar, Sarawak Bayar RM90.42 Juta Kepada PTPTN

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya lagi, dividen tersebut akan dimasukkan terus ke akaun Simpan SSPN dan pendeposit boleh membuat semakan penyata simpanan masing-masing melalui aplikasi myPTPTN mulai 6 April ini.

“Peningkatan pemberian kadar dividen Simpan SSPN adalah bersesuaian dengan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate) Bank Negara Malaysia yang meningkat sebanyak 0.25 peratus pada tahun 2023,”katanya lagi.

Pada tahun ini deposit Simpanan SSPN adalah RM3.15 bilion manakala RM513, 002 akaun baharu turut direkodkan.

Turut hadir bersama, Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim, Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Eksekutif PTPTN,  Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Pengurusan tertinggi KPT serta Pengurusan PTPTN.

Katanya, jumlah keseluruhan deposit terkumpul Simpanan SSPN sejak 2004 sehingga 31 Disember 2023 adalah berjumlah RM17. 39 bilion melibatkan 6.25 juta akaun.

Beliau juga yakin prestasi yang memberangsangkan ini jelas menunjukkan keyakinan dan sokongan para pendeposit Simpan SPPN kekal utuh dan berterusan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd