Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Peminat Terkejut, The Rock Lancar Produk Penjagaan Rambut Walaupun Botak?

Selebriti Hollywood, Dwayne ‘The Rock’ Johnson menjadi bualan peminat setelah mengetahui pelakon tersebut melancarkan dan mempromosikan sebuah produk penjagaan rambut.

Menurut laporan Daily Mail, pelakon berusia 51 tahun itu memuat naik hantaran di akaun Instagram yang mendedahkan bahawa dia berharap produk Papatui akan membantu menghilangkan stigma berkaitan dengan produk kebersihan lelaki.

Foto: Daily Mail

“Selamat datang ke dunia @papatui_penjagaan lelaki saya. Seperti yang anda semua tahu, saya seorang advokat untuk kesejahteraan, dandanan dan penjagaan diri yang baik untuk lelaki.
“Dan walaupun kita mungkin tidak selalu membincangkannya, kita (lelaki) semua mahu kelihatan bagus dan berasa lebih baik juga,” katanya.

Dia juga memberitahu kepada ‘People’ semasa pelancaran bahawa produk tersebut ialah Papatui ‘2 in 1’, syampu dan pelembab yang dijual dalam harga 10 dolar untuk setiap satu botol dan dijual di kedai ‘Target’ di seluruh Amerika Syarikat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Paling penting, saya mahu menyampaikan baris produk yang boleh anda percayai – supaya anda boleh lihat, rasai dan bau yang sempurna,” ujarnya.

Pelakon itu juga menyatakan rasa keterujaannya melancarkan produk penjagaan rambut selepas bertahun-tahun membangun dan menguji keberhasilan produk tersebut dengan beratus orang lelaki.

Foto: IG The Rock

“Melibatkan ‘sekumpulan saintis dan pakar penjagaan kulit yang sangat berbakat’ untuk menghidupkan barisan Papatui,” tambahnya lagi.

Dwayne juga berkata produk Papatui bebas paraben, bebas sulfat, bebas PEG (polietilena glikol) dan bebas bahan pewarna sekali gus mengakui bahawa semua bahan-bahan itu tidak bagus untuk kesihatan.

Sementara itu, tindakan Dwayne itu menimbulkan tanda tanya peminatnya dan rata-rata terkejut dengan pelancaran produk penjagaan rambut yang dikatakan tidak sesuai dengan pelakon itu kerana dia sendiri botak dan tidak mempunyai rambut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seorang pengguna TikTok @freakinfriction membuat satu hantaran video di akaunnya menunjukkan dia dan teman lelakinya menemui produk itu di salah sebuah kedai Target mengundang sorotan peminatnya yang rata-rata meninggalkan komen terkejut dan berbaur lawak.

Dia tiada bisnes?

Tiada rambut?

Walaupun begitu, terdapat juga peminatnya yang mencuba menggunakan produk berkenaan yang dikongsi oleh pelakon itu dalam aplikasi Instagram miliknya.

Sumber: Daily Mail

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd