Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Guna Data KJ Daftar PADU, Lelaki Akan Dilapor Atas Kecurian Identiti

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meluahkan rasa ketidakpuashatian ketika pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) yang dialaminya semalam.

Foto: Instagram @khairykj

Menerusi beberapa muat naik di InstaStory, beliau terkejut apabila nombor kad pengenalan miliknya sudah berdaftar di platform berkenaan.

Isu ini terus mendapat perhatian daripada semua pihak khususnya pihak kerajaan dan langkah yang drastik terus diambil bagi menyelesaikan masalah dihadapi Khairy yang juga merupakan penyampai radio Hot FM itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Instagram @khairykj

“PADU melihat isu yang terjadi kepada saya dan bertindak menghapus nombor kad pengenalan saya di dalam senarai pendaftaran, bagi memudahkan urusan saya untuk membuat pendaftaran semula.
“Ada seseorang yang mendaftar menggunakan nombor kad pengenalan milik saya dan saya pasti identitinya sudah terdedah dan diketahui oleh orang ramai.
“Saya kurang pasti adakah perbuatan tersebut merupakan tindakan yang betul, namun apa yang saya pasti adalah saya akan melakukan laporan polis di atas kesalahan kecurian identiti,” tulisnya pada Khamis.

Foto: Utusan

Khairy memintar agar orang ramai supaya berhenti membocorkan maklumat mengenai lelaki tersebut kerana ianya akan mengundang kesangsian terhadap PADU dan pihak kerajaan sekali gus turut mengesahkan bahawa dirinya kini sudah mendaftar dan telah menyempurnakan proses pendaftaran termasuk e-KYC.

Untuk rekod, PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia dan maklumat profil ini akan dikemaskini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

Advertisement. Scroll to continue reading.

PADU yang akan menjadi hub penyimpanan data peribadi rakyat negara ini, perlu dilengkapi ciri keselamatan yang kukuh bagi melindungi data pengguna kerana ia menjadi tarikan kepada ‘penyerang’ untuk mendapatkan data yang boleh dieksploitasi.

Sumber: Instagram @khairykj

+ posts

Avatar
Ditulis oleh Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Setelah hampir enam bulan mendiamkan diri, pasangan pengantin kini terbuka untuk menceritakan bagaimana kebakaran boleh berlaku sewaktu majlis perkahwinan mereka sehingga mengorbankan lebih 100...

Filem

Filem aksi heist yang dinantikan tahun ini, The Experts bersedia untuk temui penonton bermula 23 Mei depan di pawagam seluruh negara, terbitan oleh penerbit...

Lokal

Seorang pekerja bengkel maut selepas tayar jentolak yang sedang diisi angin di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh tiba-tiba...

Spotlight

Selepas sah bercerai pada Jumaat lalu, heboh di media sosial berikutan kandungan keputusan cerai Ria Ricis dan Teuku Ryan sekali gus memaparkan punca perpisahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd