Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tindakan Hias Kereta Dengan Lampu Hiasan Salah, Boleh Didenda

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjelaskan bahawa perbuatan menghias kereta dengan lampu hiasan adalah salah dan boleh dikenakan tindakan atau denda kepada pemilik kenderaan yang terbabit.

Menerusi satu laporan Buletin TV3, Pegawai Perhubungan Awam JPJ Mohd Syahmi Abdul Latif berkata, perbuatan menghias kereta dengan lampu hiasan itu sebenarnya adalah salah.

Foto: Tangkapan Skrin @kaksuemeow

Beliau berkata demikian berikutan tularnya satu video di TikTok milik @kaksuemeow yang memaparkan sebuah kereta dihias dengan lampu hiasan sebelum dipandu di jalan raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Walaupun niatnya hanya untuk menyambut Ramadan, pemilik kenderaan boleh diberi amaran supaya menanggalkan lampu hiasan berkenaan dan mengembalikan ia kepada asal atau dikenakan denda,” katanya.

Mohd Syahmi juga memberitahu bahawa keputusan untuk mendenda atau mengenakan tindakan ke atas pemandu tersebut terletak pada pegawai yang bertanggungjawab.

“Bagi kesalahan jenis ini, denda biasanya dikenakan antara RM100 dan RM200,” ujarnya lagi.

Terdahulu, pemilik video tersebut ada memuat naik satu video berdurasi selama 18 saat menunjukkan aksinya bersama seorang lelaki memasang lampu hiasan di sebuah kereta yang dikatakan miliknya.

Foto: Tangkapan Skrin @kaksuemeow

Melalui hantaran videonya itu, dia memberitahu terserempak beberapa kali dengan polis ketika memandu di Bukit Bintang tetapi tidak didenda.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebaliknya, polis berkenaan hanya menunjukkan tanda bagus.
“Saya sudah menanggalkan lampu hiasan dari kereta tetapi masih ada kemungkinan saya akan menghiasnya semula,” katanya.

Wanita itu juga turut memberitahu kepada netizen pemasangan lampu hiasan tersebut mengambil masa kira-kira enam jam untuk memasang semua lampu dan membalutnya di sekeliling kereta itu.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd