Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Rakyat Sambut Baik Kerajaan Umum Tol Percuma 2 Hari Sempena Aidilfitri

Kementerian Kerja Raya (KKR) mengumumkan pemberian tol percuma selama dua hari sempena Hari Raya Aidilfitri sehingga disambut baik oleh rakyat Malaysia.

Menerusi satu kenyataan, menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan telah bersetuju memberikan tol percuma selama dua hari kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja bermula pada 8 dan 9 April ini.

Foto: FB KKR

“Pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya yang bermula pada jam 12.01 tengah malam, 8 April 2024 (Isnin) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 9 April 2024 (Selasa),” katanya pada Khamis.

Beliau juga memberitahu bahawa kerajaan memperuntukkan bayaran pampasan dengan anggaran berjumlah RM37.60 juta dan terdapat dua plaza tol yang tidak mendapatkan pengecualian pemberian tol percuma tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pengecualian tol akan diberikan di semua plaza tol Kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim,” ujarnya lagi.

Foto: FB KKR

Sementara itu, Alexander turut berkata pendekatan pemberian tol percuma tersebut selaras dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat sekali gus sentiasa membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

“Insiatif itu adalah sebagai meraikan kesemua rakyat Malaysia terutamanya masyarakat beragama Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri,” tambahnya lagi.

Ternyata, ramai menerima baik pengumuman pemberian tol percuma tersebut yang disifatkan dapat memudahkan perjalanan semasa balik ke kampung serta lebih menjimatkan kos perjalanan mereka.

Melalui satu hantaran di Facebook KKR, rata-rata netizen meninggalkan komen positif berkenaan pengumuman tersebut semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berita yang selalu dinantikan..

Boleh balik raya dengan gembira!

Alhamdulillah.. Terima kasih YB!

Untuk makluman,  kerajaan juga telah mengumumkan akan meneruskan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan utama negara sepanjang 2024 termasuk perayaan Aidilfitri yang akan disambut pada bulan depan.

Sumber: Facebook KKR

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd