Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Cuaca Panas Dan Kering Melampau Di Sabah, MetMalaysia Cadang Operasi Tanam Benih Awan

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cadangan bagi menjalankan operasi pembenihan awan di kawasan yang terjejas akibat cuaca panas dan kering di Sabah bermula Khamis hingga Sabtu ini.

Menurut satu laporan Sinar Harian, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kos operasi itu akan ditanggung sepenuhnya oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) manakala MetMalaysia pula akan menyediakan sumber manusia serta bantuan teknikal untuk tujuan itu.

“Operasi pembenihan awan akan berdasarkan ramalan atmosfera awan yang sesuai untuk menghasilkan hujan jika pembenihan awan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaian Bantuan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Menara Kinabalu pada Rabu.

Hajiji juga memberitahu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Labuan dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Jabatan Ketua Menteri akan menyediakan sokongan logistik bagi operasi tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita berharap operasi pembenihan awan akan berjalan lancar dan menghasilkan hujan di kawasan terjejas di Sabah,” ujar beliau.

Foto: FB JBPM Negeri Sabah

Sementara itu, ahli politik itu juga telah mengarahkan supaya bekalan air diagihkan kepada 58,080 ketua isi rumah (KIR) yang merangkumi 355 kampung dalam 12 daerah di seluruh Sabah.

“Jabatan Air Negeri dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di daerah terjejas kini sedang mengagihkan air kepada penduduk,” tambahnya lagi.

Beliau turut menjelaskan, kerajaan negeri Sabah dengan kerjasama NADMA telah memperuntukkan sejumlah RM7.5 juta bagi tujuan pengagihan air di kawasan terjejas terbabit.

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin)

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular satu video memaparkan seorang lelaki warga asing dari Bangladesh yang selamba jual burger Ramly di tepi jalan sehingga menyebabkan netizen Malaysia berang. Menerusi...

Dunia

Setelah hampir enam bulan mendiamkan diri, pasangan pengantin kini terbuka untuk menceritakan bagaimana kebakaran boleh berlaku sewaktu majlis perkahwinan mereka sehingga mengorbankan lebih 100...

Filem

Filem aksi heist yang dinantikan tahun ini, The Experts bersedia untuk temui penonton bermula 23 Mei depan di pawagam seluruh negara, terbitan oleh penerbit...

Lokal

Seorang pekerja bengkel maut selepas tayar jentolak yang sedang diisi angin di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh tiba-tiba...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd