Atlet gimnastik artistik negara, Muhammad Sharul Aimy mendapat perhatian orang ramai setelah fotonya dipercayai bersama kekasih, Daniela Dela Pisa yang juga merupakan atlet gimnastik Filipina tular di media sosial.
Foto yang diunggah menerusi media sosial Daniela pada 18 Januari lalu itu seolah-olah menjelaskan hubungan istimewa antara kedua atlet gimnastik tersebut walau tidak diumumkan kepada orang ramai.
Dalam pada itu, penerima pingat gangsa di temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 itu turut dilihat meninggalkan komen berbaur percintaan di beberapa hantaran akaun Instagram milik Daniela.
Namun begitu, atlet kacak berusia 23 tahun itu bagaimanapun tidak menjelaskan statusnya bersama gadis tersebut dengan lebih lanjut.
Untuk rekod, Sharul sebelum ini gagal ke pentas akhir pada dua siri Piala Dunia Aparatus FIG 2024 masing-masing di Kaherah, Mesir dan Cottbus, Jerman.
Di Kaherah, dia berada pada kedudukan ke-27 daripada 42 peserta pada pusingan kelayakan diikuti tempat ke-17 daripada 50 peserta di Cottbus pada peringkat sama.
Sharul Aimy dijadualkan bertanding dalam siri akhir kejohanan itu di Doha, Qatar dari 17 hingga 20 April ini.
Sumber : Instagram @danieladlpsa