Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Perluas Hubungan Kerjasama, ST Dan SME Corp. Malaysia Meterai MoU

Suruhanjaya Tenaga (ST) bersama SME Corp. Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memperluas dan meneruskan hubungan kerjasama antara kedua-dua belah pihak.

Ketua Pegawai Eksekutif ST, Datuk IR Abdul Razib Dawood berkata, ST sebagai badan kawal selia sektor tenaga negara berharap supaya pemeteraian MoU ini akan dapat meningkatkan lagi kerjasama kedua-dua belah pihak.

“Terutamanya yang melibatkan program pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang turut merangkumi program-program kesedaran kecekapan tenaga dan keselamatan elektrik dan gas berpaip di kalangan PMKS,” katanya pada majlis menandatangani MoU di Putrajaya hari ini.

MoU bertujuan untuk memperluas dan meneruskan hubungan kerjasama antara kedua-dua belah pihak merangkumi pelaksanaan aktiviti bersama bagi program-program pembangunan yang melibatkan PMKS.

Tuntutan lain juga melibatkan pertukaran atau perkongsian maklumat kepada pemegang taruh bagi memastikan polisi dan program-program yang dipersetujui dapat dilaksanakan secara efektif.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: X SME Corp. Malaysia

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy berkata, SME Corp. Malaysia sebagai Agensi Penyelaras Pusat dalam pembangunan PMKS boleh membantu meningkatkan kesedaran mengenai program berkaitan kecekapan tenaga menerusi kementerian dan agensi yang terlibat.

“Pengurusan Tenaga merupakan salah satu petunjuk asas dalam menilai amalan Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam kalangan PMKS berdasarkan Panduan Pantas ESG untuk PMKS yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 5 Februari 2024,” katanya.

Untuk makluman, ST adalah badan kawal selia yang bertanggungjawab untuk mengawal selia sektor tenaga, khususnya industri pembekalan tenaga elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd