Tular satu video memaparkan seorang wanita yang berpuasa meminta pertolongan rakan beza agama untuk bantu membuat ujian rasa di bazar Ramadan bagi pilih hidangan yang sedap dan tak mengecewakan.
Menerusi satu perkongsian di TikTok rasmi sebuah stesen radio Indonesia bernama Aditya 87.6 FM telah memuat naik satu video memaparkan dua orang pekerjanya yang berbeza agama membeli juadah berbuka puasa.
@aditya876fm Membalas @alghudair gunanya berteman sama siapa aja agama apa aja😃👍🏻 #takjil #nonmuslim #puasa #bestie
Wanita yang bernama Mutia Eriza meminta rakannya Loandro Esar Pardede, untuk merasa beberapa jenis hidangan yang kelihatan menyelerakan sebelum membelinya.
Pada gerai pertama, Mutia meminta Pardede untuk merasa karipap dan apabila rakannya berpuas, dia membeli dua biji karipap untuk dirinya.
Artikel lain: Mat Salleh Terkejut, Peniaga Bazar Ramadan Jual Nasi Lemak RM1
Pardede turut berpuas hati dengan sate dan air minuman yang dipilih oleh Mutia dan wanita itu membeli kedua-dua hidangan untuk dirinya.
Rakan beza agama bantu pilih hidangan sedap
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat kedua-dua sahabat itu kerana berjaya mengatasi masalah membeli pada bulan Ramadan.
Kawan beza agama best sebenarnya
Kolaborasi ‘pemburu’ buka puasa
Kerjasama yang sangat baik
Balik nanti dah kenyang
Belikan je juadah buka puasa
Dalam pada itu, ada juga warga maya yang meninggalkan komen berkata mereka juga akan melakukan perkara yang sama jika mahu membeli hidangan di bazar Ramadan.
Nak kawan macam ni sorang
Nak tolong saya ke?
Kita bila?
Boleh cuba…
Lepasni kena bawa kawan bukan Islam laa
Memang best kalau ada kawan macam ni, boleh elak dari beli makanan tak sedap kan!
Sumber: TikTok @aditya876fm