Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Stoking Tertera Kalimah Allah, Pemangku Sultan Johor Gesa Ambil Tindakan Tegas

Pemangku Sultan Johor menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas dalam menangani isu stoking yang tertera perkataan ALLAH yang tular baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, isu yang membabitkan pencetakan kalimah Allah di stoking tidak boleh dipandang remeh.

Foto: Facebook HRH Crown Prince of Johor

“Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan dan memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi,” titah baginda hari ini.

Baginda juga berharap perkara ini tidak mengganggu gugat keharmonian negara dan sangat memandang serius isu ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook HRH Crown Prince of Johor

“Kalimah ALLAH adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam,” titah baginda.

Kenyataan yang dikeluarkan Tunku Ismail itu mengundang perhatian dan rata-rata netizen bersetuju dengan gesaan baginda kepada pihak berkuasa tersebut.

Alhamdulillah TMJ dah bersuara!

Terima kasih Tunku!

Daulat Tuanku..

Terdapat juga netizen yang menyuarakan agar syarikat dan kilang terbabit untuk ditutup dengan serta merta sebagai pengajaran untuk tidak mempersendakan agama Islam.

Mohon arahan Tuanku untuk tutup kilang..

Sita atau gantung premis berkenaan!

Mohon siasatan menyeluruh..

Sebelum ini, Pengurus Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr KK Chai melahirkan rasa kekesalan atas penjualan stoking tertera perkataan ALLAH di salah sebuah cawangan yang tular pada Sabtu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, ramai individu memberi pendapat bahawa permintaan maaf sahaja tidak mencukupi sebaliknya tindakan lebih tegas perlu dibuat berikutan isu keagamaan sebegini sering kali ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerabat diraja Pahang Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman,20, diheret ke Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau pada Jun lalu,...

Filem

Filem komedi seram, Don Dukun berjaya menambat hati penonton sekaligus menerima kutipan sebanyak RM3 juta di pawagam hanya dalam tempoh enam hari tayangan. Memetik...

Bisnes

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beku beberapa akaun bank peribadi dan syarikat pemilik platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar...

Lokal

Alias Awang, 44, merupakan bekas pekerja pembinaan yang didakwa diserang empat individu termasuk seorang kerabat diraja menjunjung kasih kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd