Beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik-Aaron Chia berputih mata sekali lagi apabila terlepas peluang bagi merangkul gelaran pertama dalam saingan Seluruh England, baru-baru ini.
Menerusi laporan BH Online, ketika ditemubual oleh Badminton World Federation (BWF), mereka mengakui terperangkap dengan disiplin tinggi pasangan Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto yang muncul juara Seluruh England lewat malam Ahad lalu.
Foto: The Star
Pasangan nombor lima dunia itu terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara apabila tewas di tangan juara bertahan dari Indonesia, 16-21, 16-21 pada aksi final di Utilita Arena, Birmingham.
Wooi Yik memberitahu biarpun beberapa kali menukar taktikal permainan, namun pukulan balas berkualiti lawan menyukarkan mereka sehingga membolehkan lawan mendahului sepanjang perlawanan dan memenangi set pertama.
“Kami cuba menukar kepada beberapa taktikal, supaya lebih selesa bermain corak yang kami mahukan, tetapi service receiving mereka amat berkualiti dan itu membuatkan kami tidak selesa,” katanya.
Foto: The Star