Seorang ibu buntu dan meluahkan rasa bimbang terhadap anak perempuannya, Wynter yang mempunyai tabiat pelik iaitu suka memakan apa yang ada di dalam rumah pada.
Menerusi satu laporan Metro UK, Stacey A’Hearne perlu sentiasa memantau anaknya yang berusia tiga tahun dari memakan barang-barang yang berpotensi berbahaya.
Foto: Metro UK
“Wynter makan plaster dari dinding, buih sofa dan menggigit sisi kerusi tinggi,” katanya.
Stacey berkata, keadaan itu lebih membimbangkan lagi apabila Wynter dilihat memecahkan bingkai gambar yang kemudian cuba memakan serpihan kaca.
“Pernah satu ketika, Wynter bangun pada waktu malam untuk mengunyah katil dan selimut yang digunakannya.” ujarnya.
Dia juga memberitahu bahawa anak perempuannya itu disahkan menghidap penyakit autisme dan mengalami gangguan pemakanan luar biasa yang mencetuskan keinginan untuk memakan objek-objek yang tidak boleh dimakan.
Foto: Metro UK
Stacey mempunyai seorang lagi anak perempuan, Everlyn berusia setahun dan dia perlu sentiasa ‘berjaga-jaga’ untuk memantau kedua-dua anaknya ditambah dengan keadaan Wynter yang semakin teruk.
“Dia benar-benar memakan seluruh isi rumah. Saya beli sofa baharu dan dia ‘makan’ sebahagian daripadanya.
“Dia sangat cerewet dengan makanan biasa, tetapi lebih memilih duduk untuk makan span. Dia memecahkan kira-kira lapan bingkai gambar dan cuba memakan kacanya,” tambahnya.
Dia juga bersyukur kerana anaknya itu belum pernah lagi terluka parah kerana dia selalu memantau dengan teliti dan sentiasa memerhatikan perlakuan Wynter.
Foto: Metro UK
Sementara itu, Stacey memberitahu pada awalnya dia tidak menyangka keadaan Wynter sesuatu yang serius, namun berlaku perubahan ketika anaknya mula tidak boleh bercakap dan gangguan pemakanan peliknya muncul yang mendorongnya untuk menghubungi doktor.
Wynter didiagnosis sebagai autisme dan menghidapi ‘pika’ pada awal Januari menyebabkan dia perlu menerima beberapa ujian lanjutan.
Stacey terpaksa memberikan perhatian lebih kepada Wynter berbanding Everlyn kerana masalah kesihatan yang dihidapi oleh anak perempuannya itu.
Sumber: Metro UK (Sarah Hooper)