Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) menasihatkan orang ramai untuk mengurangkan aktiviti luar dan tidak membuat aktiviti pembakaran terbuka disebabkan cuaca panas yang melampau di negara, pada ketika ini.
Foto: Utusan
Dipetik menerusi YouTube Astro Awani, Met Malaysia memaklumkan pembakaran secara terbuka dapat membahayakan kesihatan, menyumbang kepada suhu seterusnya membahayakan kesihatan orang ramai.
“Taburan hujan berkurang di kebanyakkan negeri di Semenanjung Malaysia dan Sabah.
“Potensi peratusan hujan untuk turun di Sarawak adalah tinggi di hampir semua bahagian seperti di Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman pada petang ini,” kata Met Malaysia.
Menerusi laporan tinjauan cuaca jangka panjang bagi bulan Mac hingga Ogos 2024, kawasan di Kapit, Bintulu, Betung dan Sibu juga diramal hujan pada petang ini manakala di Semenanjung terdapat perbezaan angin ketara di pedalaman Pahang.
“Ini menjadi faktor pembentukan awan setempat sekali gus terdapat kebarangkalian berlaku hujan di negeri Pahang,” tambahnya.
Menurut Met Malaysia, negara berada dalam fasa Monsun Timur Laut (MTL) bermula pada 11 November 2023 dan dijangka berterusan sehingga Mac 2024.
Dalam pada itu, bagi kawasan terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk pedalaman Perak, Pahang dan Kelantan ketika dalam fasa akhir MTL dan secara kelazimannya akan mengalami litupan hujan dan taburan hujan yang berkurang.
Pengurangan hujan atau ketiadaan hujan pada tempoh yang lama ketika fasa akhir MTL ini boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan
Sumber: YouTube Astro Awani, Laporan Met Malaysia