Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Parental Control Tools Dicipta, Bantu Ibu Bapa Pantau Kandungan Dalam Talian

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam menyiapkan perkhidmatan perisian Parental Control Tools bertujuan untuk memantau kandungan dalam talian.

Menurut laporan Bernama, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata Parental Control Tools itu dapat membolehkan ibu bapa menapis, mengehadkan serta menyekat kandungan yang dapat dilihat oleh anak-anak pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Foto: Sinar Harian

Berhubung dengan itu, ibu bapa atau penjaga dapat menggunakan perkhidmatan perisian lain bagi tujuan memantau aktiviti mereka dari semasa ke semasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi berkenaan ialah CelcomDigi, Maxis, UMobile, Telekom Malaysia (TM) dan TIME,” katanya.
“Kebanyakan penyedia platform media sosial turut mempunyai had umur pengguna akaun, dengan hanya mereka yang berumur 13 tahun ke atas sahaja dibenarkan membuka akaun media sosial,” ulasnya dengan lebih lanjut.

Fahmi dalam pada itu turut menasihatkan untuk memantau dan mengawasi aktiviti dalam talian anak-anak kerana mereka masih boleh mendapat manfaat kandungan positif dengan melayari media sosial bersama-sama ibu bapa atau penjaga.

Foto: Bernama

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) yang ingin tahu mengenai langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian bagi memastikan anak-anak di bawah 15 tahun, diharamkan memiliki akaun sosial media, agar mereka tidak mengikuti trend yang tidak baik di platform berkenaan.

Dalam menangani risiko dan ancaman dalam talian terhadap kanak-kanak sama ada disebabkan orang lain atau tingkah laku mereka sendiri, pelaksanaan program berbentuk pendidikan dan kesedaran tentang keselamatan internet harus terus ditingkatkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata lagi, usaha itu dilakukan menerusi inisiatif-inisiatif seperti Klik Dengan Bijak (KDB) dan Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) di sekolah-sekolah dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) di seluruh negara.

“Pelaksanaan inisiatif ini telah diperkasakan melalui jalinan kerjasama dengan agensi-agensi lain dalam membangunkan modul pendidikan berkenaan perlindungan kanak-kanak dalam talian khususnya untuk ibu bapa, penjaga, dan kanak-kanak,” ujarnya.

Semestinya, kelebihan perkhidmatan perisian ini adalah dapat memberikan pengetahuan mengenai penggunaan teknologi dunia maya dengan baik dan benar dengan mengetengahkan perilaku baik, penerapan nilai murni dan kebertanggungjawaban dalam penggunaan teknologi digital secara penuh.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd