Aktivis kemanusiaan dan penulis Amerika Syarikat, Shaun King dan isterinya Rai King memilih untuk memeluk agama Islam pada hari pertama Ramadan, pada Selasa.
Foto: The Jasmine Brand
Menerusi artikel Religion News Service, kisahnya memeluk Islam tersebar luas apabila Professor Khaled Beydoun melakukan siaran langsung ketika sesi melafaz syahadah dengan bantuan Sheikh Omar Suleiman, sekali gus disaksikan oleh pengikutnya dari seluruh dunia.
“la membuatkan saya tersentuh dalam cara yang paling mendalam untuk melihat mereka sekarang di tempat yang paling berbahaya dan tragik di bumi ini, tetapi masih boleh melihat erti dan tujuan dalam hidup dari lensa Islam,” katanya.
“Kepercayaan mereka kepada Islam bukan sahaja membuka hati saya tetapi telah membuka hati berjuta-juta orang di seluruh dunia yang turut melihat,” kata aktivis itu.
Foto: Newswav
Shaun yang terkenal, sangat lantang berbicara tentang isu yang berlaku di Semenanjung Gaza sehingga dia dilihat memakai keffiyeh (mafela) sebagai simbol solidariti terhadap Palestin sewaktu memeluk Islam.
Lelaki berusia 44 tahun tersebut menjadi terkenal dalam kalangan aktivis selepas dirinya secara terang-terangan mempromosikan keadilan Palestin dan Gaza sejak enam bulan lalu serta menekankan hak asasi manusia.
Sumber: Religion News Service, YouTube Muslim Convert Stories