Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan semua rakyat Malaysia yang menetap di luar negara berinteraksi dan mempromosikan tanah air kepada masyarakat luar di Berlin pada Selasa.
Foto: FB Anwar Ibrahim
Menurut laporan Astro Awani, Anwar berkata, usaha untuk berinteraksi dengan warga tempatan di negara-negara luar tersebut dilakukan supaya dapat mengeksport lebih banyak kraf tangan tempatan ke pasaran global.
“Barang-barang hasil Malaysia dari Sabah, Kelantan, Terengganu dan apa saja.
“Itu juga cara kita perkenalkan hasil kita,” katanya.
Foto: FB Anwar Ibrahim
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis ramah mesra Perdana Menteri bersama rakyat Malaysia yang menetap di Jerman.
Anwar turut berkata, semua rakyat Malaysia di luar negara ialah duta dan ejen pelancongan negara terutama di Jerman kerana negara tersebut mempunyai potensi pasaran global yang besar.
“Dalam kumpulan kecil, interaksi dengan anak tempatan.
“Orang Jerman ada potenasi besar dari aspek nilai pelancongan,” ujar beliau.
Foto: FB Anwar Ibrahim
Sementara itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) turut mengumumkan keseluruhan pendapatan kraftangan bagi 2024 adalah melebihi daripada RM236.1 juta.
Pada 2 Mac lalu, Anwar dalam Ucapan Penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 menetapkan semua jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan hanya dibenarkan membeli hasil seni yang diusahakan oleh pengusaha tempatan.
Sumber: Astro Awani (Irfan Faruqi)