Jenazah peniaga kosmetik yang terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong pada 15 Januari lalu selamat dikebumikan semalam.
Memetik laporan Kosmo!, mayat Norhisyam Ismail yang ditemui di pesisir Pantai Suri disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Padang Bongor, Kota Bahru selepas 40 hari ditemukan.
Foto: Kosmo! Online
Menurut isteri mangsa, Nor Haida Sahari, mereka menerima kelulusan untuk mengebumikan jenazah suaminya selepas keputusan ujian DNA mengesahkan identiti mangsa.
Artikel lain: Dua Pengunjung Cedera Selepas Terhumban Ketika Main ‘Sotong Ride’
Katanya, pihak polis sudah memaklumkan kepadanya bahawa mayat yang ditemui itu merupakan mayat suaminya beberapa hari yang lalu.
“Saya ke Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini untuk tuntut jenazah suami semalam. Kami reda namun tetap tunggu keputusan DNA untuk sahkan identitinya,” katanya.
Jenazah peniaga kosmetik selamat dikebumikan
Tambahnya, dia yakin mayat yang ditemukan di Pantai Suri pada 28 Januari lalu merupakan suaminya berdasarkan pakaian yang dipakai arwah ketika keluar dari rumah.
Dalam pada itu, Nor Haida turut berkata urusan pengebumian suaminya berlancar dengan lancar walaupun dia tidak dibenarkan memberikan kucupan terakhir buat arwah.
Terdahulu, Norhisyam yang terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong itu didakwa mengalami stress yang melampau tiga hari sebelum kejadian.
Sumber: Kosmo! Online (Rohana Mohd. Nawi)