Akira Toriyama, pencipta komik paling berpengaruh dan terlaris sepanjang zaman iaitu ‘Dragon Ball’ dan ‘Dr. Slump’ dilaporkan telah meninggal dunia pada 1 Mac pada usia 68 tahun.
Foto: Google
Menurut satu kenyataan dari laman web Dragon Ball, mereka melaporkan bahawa Toriyama meninggal disebabkan penyakit Hematoma Subdura, sejenis pendarahan yang berlaku di otak.
“Pengebumiannya hanya dihadiri oleh ahli kelurga dan beberapa orang terdekat saja,” tulis dari laman web itu.
Foto: Google
Mereka juga menasihati orang awam dan media untuk tidak menemui ahli keluarga mendiang untuk bertanya lebih lanjut mengenai perkara tersebut.
“Untuk memenuhi permintaan terakhir beliau, kami dengan penuh hormat mengumumkan bahawa kami tidak akan menerima bunga, hadiah takziah, lawatan, tawaran dan apa-apa sahaja,” tambah mereka lagi.
Foto: Google
Sementara itu, pihak Bird Studio / Shueisha juga menyatakan rasa terkilan di atas pemergian pencipta komik terkenal itu kerana masih banyak kerja yang baru disiapkan separuh perlu dilakukan oleh mendiang.
“Juga, dia ada banyak perkara yang boleh dicapai,” kata mereka.
Shueisha juga mengucapkan terima kasih kepada peminat Dragon Ball yang terus menyokong perjalanan dan karier mendiang selama 45 tahun dan berharap hasil ciptaan Toriyama akan kekal diminati orang ramai.
Sumber: Web rasmi Dragon Ball