Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kadar Pengangguran Kekal 3.3 Peratus Pada Januari 2024

Kadar pengangguran kekal pada 3.3 peratus pada Januari lepas dengan bilangan  pengganggur terus menurun kepada 567,300 orang berbanding 567,800 orang pada Disember 2023, menurut Statistik Tenaga Buruh Januari 2024 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pasaran buruh negara kekal dalam trend menaik selari dengan kedudukan ekonomi negara yang terus meningkat dan perkembangan ekonomi global.

Kadar pengangguran kekal 3.3 peratus

Artikel lain: Kadar Pengangguran Turun, Kembali Kepada Paras Prapandemik

“Oleh itu tenaga buruh pada Januari 2024 menunjukkan peningkatan berterusan, bertambah sebanyak 0.1 peratus kepada 17.05 juta orang berbanding 17.03 juta orang pada bulan sebelumnya.
“Kadar penyertaan tenaga buruh pada bulan tersebut tidak berubah iaitu pada 70.2 peratus seperti pada bulan lepas. Trend positif ini didorong oleh peningkatan berterusan dalam bilangan penduduk bekerja, manakala bilangan penganggur menurun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Uzir juga berkata bahawa bilangan penduduk bekerja terus meningkat dengan pertambahan sebanyak 0.2 peratus daripada bulan sebelumnya, merekodkan 16.48 juta orang berbanding 16.46 juta orang pada Disember 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengenai situasi guna tenaga, beliau berkata majoriti penduduk bekerja pada Januari 2024 adalah dalam kategori pekerja, merangkumi 75.2 peratus dan kategori itu menunjukkan peningkatan kecil iaitu 0.1 peratus kepada 12.39 juta orang berbanding 12.38 juta orang pada Disember 2023.

Pada masa yang sama katanya kategori penduduk bekerja sendiri terus mencatatkan trend peningkatan pada bulan tersebut, naik  0.3 peratus  kepada 3.01 juta orang berbanding tiga juta orang.

Menurutnya mengikut sektor ekonomi, bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan kekal meningkat terutama dalam aktiviti perdagangan borong dan runcit, perkhidmatan makanan dan minuman serta pengangkutan dan penyimpanan.

Beliau berkata trend yang sama juga dilihat dalam bilangan penduduk bekerja dalam sektor pembuatan, pembinaan serta perlombongan dan pengkuarian pada Januari 2024, manakala bilangan penduduk bekerja dalam sektor pertanian juga kembali meningkat pada bulan tersebut berbanding bulan lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd Uzir berkata 79.8 peratus daripada jumlah penganggur adalah mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan atau penganggur aktif dan kategori ini mencatatkan penurunan 0.2 peratus kepada 452,500 orang berbanding 453,600 orang.

Beliau berkata kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun kekal pada 10.6 peratus pada Januari 2024, merekodkan bilangan penganggur belia sebanyak 306,800 orang berbanding 307,200 orang pada bulan sebelumnya, manakala kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 30 tahun adalah 6.7 peratus dengan 439,700 penganggur belia berbanding 432,100 orang pada bulan sebelumnya.

Mohd Uzir berkata kedudukan ekonomi di Malaysia dilihat stabil dengan jangkaan permintaan domestik yang lebih tinggi hasil daripada pengurangan inflasi pada Januari lepas, dan pasaran pekerjaan yang terus kukuh serta kedudukan kewangan yang menyokong selain peningkatan dalam aktiviti pelancongan akan dapat meningkatkan aktiviti ekonomi sekali gus membawa kepada pelbagai peluang perniagaan dan pekerjaan.

“Pasaran buruh di Malaysia dijangka bertambah baik dan kekal stabil dalam tempoh beberapa bulan akan datang, dipacu oleh ekonomi domestik yang berdaya tahan.
“Situasi ini dijangka akan terus menjana peningkatan permintaan tenaga kerja  sekali gus berperanan sebagai pemacu penting untuk menstabilkan ekonomi secara berterusan,” katanya.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd