SPRITZER telah menerima dua anugerah di Anugerah Jenama Putra 2023 yang dianjurkan oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) dengan kerjasama Jenama Paling Bernilai Malaysia (MMVB) baru-baru ini.
Foto: Spritzer FB Page
Menurut laporan Berita Harian, dua anugerah tersebut adalah Anugerah Emas di bawah Kategori Minuman-Bukan Alkohol dan Anugerah Personaliti Jenama Putra di bawah Khas Anugerah.
Pengasas dan Pengarah Urusan Spritzer, iaitu Datuk Lim Kok Boon berkata, beliau terhutang budi kepada pasukan Spritzer dan berterima kasih di atas penerimaan anugerah itu.
Foto: Spritzer FB Page
“Pasukan Spritzer amat luar biasa, yang dedikasi dan kepakarannya telah membawa kami kepada kemenangan hari ini. Dengan sokongan berterusan mereka, kami yakin kami akan terus mencapai kecemerlangan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Spritzer Dr Chuah Chaw Teo pula berkata, Spritzer amat berbesar hati dengan pengiktirafan dan kepercayaan orang ramai Malaysia terhadap jenama Spritzer.
“Pengiktirafan ini adalah pencapaian penting kerana ia menunjukkan kepercayaan berterusan, keyakinan dan keutamaan pengguna terhadap Spritzer, sekali gus mengukuhkan kedudukan kami sebagai pilihan minuman nombor satu Malaysia. Kami berterima kasih kepada orang ramai, pelanggan setia kami, kerana memilih Spritzer,” ujarnya.
Foto: ACN Newswire
Anugerah ini mengiktiraf pembinaan jenama sebagai pelaburan perniagaan yang penting yang diukur oleh pengguna.
Lebih 11,000 maklum balas pengguna telah diterima dari seluruh Malaysia dalam tempoh tinjauan yang berlangsung selama lapan minggu.
Sumber: Berita Harian