Bimbang kasut yang digunakan kotor terkena pasir pantai, penyanyi dan rapper terkenal Amerika Syarikat, DJ Khaled minta pengawal dukung hingga ke pentas untuk membuat persembahan.
Kasut mahal katanya
Menerusi laporan dari Mail Online, DJ Khaled telah meminta pengawal peribadi mengangkatnya dari kereta menuju ke pentas sewaktu membuat persembahan di Pantai Miami kerana enggan kasut jenama Nike Jordan yang dipakainya kotor.
“Saya tidak mahu kasut Jordan ini kotor. Boleh sesiapa bantu saya? ” tulisnya di ruangan Instagram.
Nampak macam berat?
Tindakan rapper berkenaan nyata memakan diri apabila teruk dikecam di ruangan komen dengan menyatakan bahawa DJ tersebut keterlaluan.
Dapat dilihat dengan jelas dua orang pengawal terbabit seakan mengalami kesukaran mengangkat selebriti antarabangsa itu memandangkan saiz tubuhnya yang agak besar.
Balik pun minta berangkat juga
Seusai mengadakan persembahan yang dihadiri ramai penonton, dia sekali lagi diangkat menuju ke kereta dari pentas untuk pulang pulang dan terlihat begitu bahagia apabila dilayan seperti itu.
Sumber: Mail Online, Instagram DJ Khaled