Pihak U Mobile dan CelcomDigi kini berkerjasama demi tingkatkan liputan rangkaian 4G bagi kedua-dua syarikat tersebut.
Difahamkan, mereka akan berkongsi sejumlah 100 tapak tapak MOCN (Multi-Operator Core Network) di seluruh Malaysia dimana kedua-duanya akan berkongsi 50 tapak setiap satu.
Kongsi kos operasi & penyelenggaraan
Memetik laporan dari amanz, U Mobile menyasarkan akan terus dapat menambah-baik lagi pengalaman penggunaan rangkaian mereka dibawah kerjasama ini disamping turut berkongsi kos operasi serta penyelenggaraan bersama Celcom.
CelcomDigi juga turut menyatakan mereka melihat kepada penawaran rangkaian 4G LTE yang terus ditambah-baik kepada pelanggan, selain akan membolehkan mereka terus melabur pada pembangunan pengalaman digital para pelanggan mereka.
Selain daripada penambah-baikkan rangkaian 4G LTE untuk pelanggan kedua-dua syarikat, kerjasama yang dijalankan ini turut mampu menjimatkan kos operasi melalui perkongsian infrastruktur.
Sumber: amanz