Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Selepas Empat Tahun, Wanita Tak Sangka Dapat Semula Duit RM50 Terakhir Pemberian Bapa

Seorang wanita tidak menyangka mendapat semula duit bernilai RM50 pemberian bapanya buat kali terakhir selepas empat tahun.

Dapat semula RM50 selepas empat tahun

Memetik laporan Sinar Harian, dia dikenali Nur Hidayah Mohamad, 25, tidak menyangka wang kertas tersebut kembali semula selepas individu Mohd Azfarul Zainol Akmar menjejaki pemilik duit tersebut, pada Selasa.

Sebelum ini, Mohd Azfarul Zainol Akmar memuat naik hantaran bagi menjejaki pemilik wang kertas bernilai RM50 yang tertera ayat ‘Duit last ayah bagi,11/5/20 al-Fatihah’ sehingga menyebabkan netizen turut berharap pemiliknya ditemui.

Kongsi wanita berasal dari Jabor, Kemaman, Terengganu, ayahnya meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akuinya, dia terpaksa menggunakan duit tersebut selepas beberapa bulan akibat keadaan mendesak.

“Ketika itu hanya duit tersebut yang tinggal dalam beg duit dan nak pergi ke mesin ATM agak jauh.
“Saya terpaksa guna dan pada masa itu dalam hati sudah terdetik Insya-ALLAH boleh dapat semula selepas ini,” katanya.

RM50

Nur Hidayah juga meluahkan rasa syukur dan gembira selepas menerima semula wang terbabit daripada Mohd Azfarul di sini pada Jumaat.

“Ketika tular hari itu, melihat tarikh dan ayat yang tertera menyebabkan saya yakin itu duit saya dan menghubungi Mohd Azfarul di Facebook.
“Saya akan jaga sebaik mungkin selepas ini kerana ia duit belanja terakhir yang diberikan oleh arwah ayah, banyak kenangan untuk saya,” ujar juruwang itu.

Sementara itu, Mohd Azfarul merasa lega dan bersyukur kerana dapat menyerahkan semula wang tersebut kepada pemiliknya.

Katanya, wang tersebut diserahkan kepada Nur Hidayah selepas meneliti bukti-bukti dan tarikh kematian bapanya di pelbagai platform media sosial miliknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Mohd Azfarul, wang tersebut diperolehnya selepas  mengeluarkan ia di mesin pengeluaran automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Gambang kira-kira jam 4.15 petang pada Isnin.

Dan pada Selasa, dia membuat hantaran di Facebook miliknya untuk menjejaki pemilik wang tersebut dan tular di media sosial.

Sumber: Sinar Harian (Rosilawati Rosedi)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd