Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Indeks Harga Seunit Besi Naik Antara 0.4 Dan 3.3 Peratus Pada Januari 2024

Indeks harga seunit besi meningkat antara 0.4 peratus hingga 3.3 peratus bagi kebanyakan kawasan pada Januari 2024 berbanding bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan tertinggi harga seunit besi adalah di Perak (3.3 peratus) dan diikuti oleh Pahang (0.8 peratus), Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dan Kuching (masing-masing 0.6 peratus).

Indeks harga seunit keratan keluli dan logam kekal tidak berubah bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Indeks harga seunit besi

Artikel lain: Harga Barangan Di Pintu Kilang Merekodkan Penurunan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“(Bagaimanapun) terdapat sedikit penurunan dalam indeks harga bahan ini bagi Pulau Pinang, Kedah dan Perlis (-0.8 peratus), Johor (-0.3 peratus), Kota Kinabalu (-0.1 peratus) dan Sandakan (-2.2 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, peningkatan  kecil direkodkan bagi Perak (0.9 peratus) dan Kuching (0.2 peratus). Mohd Uzir berkata purata harga seunit besi yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan bar ubah bentuk tegangan tinggi Mycon 60 adalah RM3,664.51 bagi setiap tan metrik dengan peningkatan 1.0 peratus berbanding bulan sebelumnya (Disember 2023: RM3,629.77 setiap tan metrik).

“Perbandingan bulanan Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) (termasuk bar keluli) bagi semua kategori bangunan pada Januari 2024 meningkat antara 0.1 peratus hingga 1.5 peratus bagi hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia.
“Bagaimanapun, terdapat sedikit penurunan bagi IKB (termasuk bar keluli) antara negatif 0.2 peratus hingga negatif 0.5 peratus bagi hampir semua kategori bangunan di Johor (kecuali tiada perubahan dalam indeks bagi kategori bangunan kayu dan cerucuk kayu).

Menurut Mohd Uzir perbandingan bulanan juga turut mencatatkan indeks seunit harga simen kekal tidak berubah bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Januari 2024.

“Terdapat sedikit peningkatan dalam indeks harga bahan bagi Pulau Pinang, Kedah dan Perlis (0.8 peratus), dan Terengganu dan Kelantan (0.5 peratus),” katanya.

Mohd Uzir berkata perbandingan tahunan untuk tempoh Januari 2023 dan Januari 2024 turut menunjukkan indeks harga seunit simen menokok  antara 0.7 peratus hingga 12.0 peratus bagi kesemua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Sumber: Bernama 

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd