Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming enggan untuk panjangkan isu mengenai cadangan pencalonan kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).
Menurut laporan Harian Metro, beliau tidak mahu mengulas isu tersebut dan sudah bergerak ke hadapan (move on) bagi menggelakkan pandangannya disalah tafsir oleh mana-mana pihak.
Kor Ming enggan panjangkan isu kampung baru Cina
Artikel lain: “Kami Nak Ajar Nga Sejarah Tanah Melayu Dan Perlembagaan Malaysia” – Pemuda Umno
“Janganlah… Saya tahu, saya komen satu perkataan sahaja lari tajuk (tafsiran lari). Itu ‘story’ (isu) pun sudah tutup… kita ‘move on’, tak jadi isu pun… Tiada isu,” katanya.
Terdahulu, Nga memberi cadangan supaya pertempatan tersebut mendapat perakuan Tapak Warisan Dunia oleh Unesco. Bagaimanapun, usul itu mendapat tentangan daripada pelbagai pihak terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan terbabit.
Bahkan, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Umno tidak pernah membincangkan cadangan yang dikemukan oleh Nga.
Bukan itu sahaja, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh turut menawarkan pembelajaran mengenai sejarah tanah Melayu dan perlembagaan Malaysia kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming susulan kontroversi tersebut.
Sumber: Harian Metro (Muhammad Zulsyamini Sufian Suri)