Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mahkamah Tetapkan Tarikh Baharu Sebutan Kes Polis Didakwa Langgar Pelajar

Mahkamah Majistret Ipoh telah menetapkan tarikh baharu bagi sebutan kes pegawai kanan polis yang didakwa langgar pelajar Tingkatan 5 hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, pelajar Tingkatan 5 itu dilanggar kereta yang dipandu oleh pegawai kanan polis berkenaan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru pada Disember lalu.

Foto: Kosmo Digital

Majistret S Punitha membenarkan tarikh 21 Mac depan selepas pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz memohon tarikh baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak pendakwaan telah memohon pertukaran tarikh itu sementara menunggu dokumen penting disiapkan terlebih dahulu.

Turut hadir di pihak pendakwaan adalah dua lagi Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Akmal Mod Said dan Geetha Jora Singh.

Mahkamah tetapkan tarikh baharu sebutan kes polis didakwa langgar pelajar

Foto: Wilayahku

Afzainizam memohon kira-kira satu setengah bulan bagi melengkapkan dokumen tersebut bagi membolehkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Polis Dibenar Pegang Wang Tunai RM100 Sahaja Ketika Dalam Operasi

Sementara itu, sebelum Majistret membenarkan tarikh 21 Mac, pihak peguam tertuduh iaitu Jacky Loi Yap Loong dan Lim Chi Chau telah bersetuju dengan permohonan penundaan tarikh itu.

Dalam pada itu, peguam pemerhati keluarga yang dilantik keluarga mangsa, Datuk Wan Azmir Wan Majid berkata set dokumen yang perlu disiapkan pihak pendakwaan itu adalah mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC).

Menurutnya, Seksyen 51A CPC sepatutnya mengandungi segala dokumen termasuk semua keterangan, video dan selainnya yang berkaitan sebagai bukti dalam kes yang ingin dibawa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jadi, sebelum hendak buktikan kes, pendakwaan akan serahkan satu salinan dokumen yang akan dipakainya itu kepada pihak pembelaan, selain peguam pemerhati pun akan minta satu set dokumen berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas prosiding penetapan tarikh baharu.

Pada 18 Disember tahun lalu, Deputi Superintenden (DSP) Mohd Nazri Abdul Razak berusia 45 tahun dituduh melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zahariff Affendi Muhd Zamrie berusia 17 tahun.

Sumber: Harian Metro (Muhammad Zulsyamini Sufian Suri)

+ posts

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hanya kerana mematahkan pemadam rakan dan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli yang baru, seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun sanggup menjadi pemuas...

Spotlight

Pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow mewasiatkan sejumlah wang dan harta kepada dua aktres wanita memandangkan dia tidak mempunyai pewaris harta bagi kekayaannya. Vnexpress...

Lokal

Polis sedang mengenal pasti pemilik akaun media sosial menggunakan nama ‘Muhammad Imran Suresh’ yang mendakwa memiliki maklumat berhubung kes pemain bola sepak, Faisal Halim...

Spotlight

Baru-baru ini tular video mengenai seorang jurugambar Met Gala dilihat tidak menghormati ahli kumpulan K-pop, Stray Kids ketika mereka melalui karpet merah untuk sesi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd