Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Skuad Hoki 5s Malaysia Cipta Sejarah, Mara Ke Final Piala Dunia

Skuad hoki lima sebelah (5s) lelaki Malaysia melakar sejarah apabila mara ke perlawanan akhir Piala Dunia Hoki 5s 2024 selepas mengalahkan Poland 4-3 di separuh akhir, awal pagi tadi.

Kejayaan yang dilakar di Stadium Hoki  Muscat, Oman itu sekali gus membawa skuad hoki 5s Malaysia bertemu Belanda pada tengah malam nanti untuk penentuan takhta juara.

Aksi separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua terikat 1-1 dengan gol Malaysia dijaringkan Ishak Arif pada minit ke-7 menerusi penalti stoke sebelum Poland menyamakan kedudukan dua minit kemudian menerusi Damian Jarzembowski.

hoki 5s Malaysia

Artikel lain: Padah Komen Perkauman, Pemain Hoki Wanita Digantung Wakili Negara

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tersentak dengan jaringan itu, Poland menggandakan asakan pada lewat perlawanan dan mereka berjaya merapatkan kedudukan menerusi dua jaringan Wojciech Rutkoski (m-27) dan Jakub Holosyniuk (m-30).

hoki 5s Malaysia

Keputusan 4-3 itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dan Malaysia akan berdepan dengan skuad The Oranje yang berjaya menumpaskan tuan rumah Oman 5-3 dalam satu lagi asi separuh akhir.

Ketua jurulatih Wallace Tan berkata, semangat juang tinggi dan tidak berputus asa yang ditunjukkan anak buahnya membuahkan hasil yang positif.

“Ini merupakan satu semangat juang yang cukup baik daripada pemain negara,”ujarnya.

Sementara itu, Akhimullah menyifatkan pengorbanan yang dilakukan oleh pasukannya amat berbaloi dan mereka kini hanya selangkah untuk mencipta sejarah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami berkorban banyak benda. Bermula dengan keputusan seri menentang Oman pada perlawanan pertama. Selepas itu, kami menang dan moral para pemain sangat tinggi.
“Kami masih ada satu perlawanan lagi dan perlu fokus pada perlawanan terakhir bagi membolehkan kami mencipta sejarah,”kata Akhimullah.

Sumber: Berita RTM, Instagram malaysianhockeyconfederation

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd