Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Lebih Baik Sebanyak 4.5 Peratus Tahun Ini

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang lebih baik sebanyak 4.5 peratus tahun ini di walaupun di tengah-tengah cabaran ekonomi global, kata Hong Leong Bank Bhd (HLB).

Ketua Pasukan Pengurusan Kekayaan Serantau (Penyelidikan serta Nasihat Pelaburan), Ramone Mikgail Kok menjangkakan pertumbuhan itu akan didorong oleh peningkatan pelaburan langsung asing (FDI), pelancongan yang berkembang dan perbelanjaan infrastruktur yang lebih tinggi.

Ekonomi Malaysia lebih baik sebanyak 4.5 peratus

Artikel lain: Penjualan Arak: Kesejahteraan Rakyat Atau Manfaat Ekonomi?

Beliau juga berkata, sektor pelancongan akan melonjak secara beransur-ansur tahun ini kerana Malaysia telah membenarkan kemasukan tanpa visa kepada rakyat China, India dan beberapa negara di Timur Tengah mulai Disember tahun lepas, yang akan membantu mengurangkan kesan daripada eksport yang agak lemah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini sudah tentu akan membantu,” katanya kepada pemberita selepas Simposium Kekayaan Hong Leong Bank di sini semalam.
Mengulas mengenai prestasi ringgit, mata wang tempatan itu dijangka stabil berbanding dolar AS antara RM4.50 hingga RM4.55 menjelang akhir tahun, dipacu oleh prospek kelemahan dalam dolar AS termasuk kitaran pemotongan kadar pada 2024 oleh Rizab Persekutuan (Fed).

Ketua dan Pakar Produk Kekayaan, Jason Liew Yik Kee berkata, ringgit yang lebih kukuh adalah sejajar dengan trend yang sama dalam kalangan mata wang serantau serta seiring dengan potensi kebangkitan ekonomi global kedua terbesar, China dan daya tarikan penilaian sahamnya pada 2024.

“Perkara utama ialah betapa agresif Fed akan mengurangkan kadar memandangkan pasaran menetapkan harga dalam enam kali pemotongan. Mata wang Asia juga akan meningkat berbanding dolar AS kerana mereka (Fed) cuba menangani inflasi di Amerika Syarikat (AS). Jadi, mereka perlu menurunkan kadar.
“Kami mengekalkan pandangan kami ke arah pemotongan kadar AS menjelang pertengahan separuh kedua tahun ini dan pada masa yang sama pasaran akan menyaksikan kelemahan dolar AS,” katanya.

Serentak dengan itu, pertumbuhan di rantau Asia dijangka lebih baik berbanding AS kerana kuasa ekonomi itu sedang giat menurunkan pertumbuhannya.

Pada 6 petang Jumaat, ringgit dicatatkan lebih baik pada 4.7275/7325 berbanding dolar AS.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd