Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Lebih 10 Kali Soal Siasat, Ketua Polis Negara Nafi Layan Tun M Seperti Penjenayah

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain nafi dakwaan dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  (Tun M) dengan mengatakan beliau seolah-olah diperlakukan seperti penjenayah.

Ia selepas lebih 10 kali disoal siasat pihak polis sejak beberapa tahun lalu.

Ketua Polis Negara nafi dan dakwaan yang dibuat Tun M itu adalah tidak benar sama sekali, berikutan pihaknya hanya menjalankan tugas termasuk mengambil rakaman percakapan beliau.

“Di pihak polis, kita tetap teruskan siasatan. Kalau siasatan tidak lengkap, maksudnya polis berat sebelah.
“Sebab itulah polis rakam percakapan. Kalau tidak (rakam percakapan) di Bukit Aman, rakaman percakapan diambil di tempat sesuai sebagaimana yang beliau (Mahathir) mohon,”ujar Razarudin.

Ketua Polis Negara nafi Tun M

Artikel lain: Dituduh Curi Duit Kerajaan, Tun Mahathir Minta Anwar Tunjuk Bukti

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tun M dakwa diri pasti disiasat setiap kali keluarkan kenyataan

Semalam, Tun M mendakwa beliau pasti akan disiasat setiap kali mengeluarkan kenyataan, sedangkan ada pihak lain yang turut mengeluarkan kenyataan berunsurkan perkauman tidak disiasat.

Kenyataan itu dibuat Mahathir selepas selesai memberikan keterangan kepada polis di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Tindakan terkini pihak polis itu dipercayai berkaitan kenyataan Mahathir melalui satu temu bual eksklusif dalam talian dengan saluran TV satelit di India, yang mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih ‘terikat’ dengan negara asal mereka.

Kredit Foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, kertas siasatan berhubung kenyataan Tun M mengenai masyarakat India dijangka siap dalam tempoh terdekat.

Jelas beliau, kertas siasatan berkenaan seterusnya akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan berkenaan seterusnya akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

“Semalam kita sudah ambil percakapan Tun Dr Mahathir dan siasatan diteruskan.”Dalam masa tiga hingga empat hari lagi, mungkin kertas siasatan akan dirujuk kepada Peguam Negara selepas siasatan kita selesai,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor sempena Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor, Timbalan Ketua Polis Johor dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Johor pada Rabu.

Sumber: BH Online (Mohamed Farid Noh), Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd