Selebriti sensasi, Lucinta Luna atau nama Muhammad Fatah mendedahkan bahawa dia pernah ‘tidur’ bersama 28 individu bergelar aktor di Indonesia.
Menerusi podcast Samuel Christ baru-baru ini, Lucinta yang diundang ke saluran YouTube tersebut berkata ada diantara aktor itu menidurinya sebelum dia menjadi wanita sepenuhnya.
“Saya sudah ‘merasa’ 28 aktor, ada yang sebelum berubah dan ada yang selepas melakukan pembedahan tukar jantina,” katanya.
Pada masa sama, pempengaruh berusia 34 tahun itu juga mendedahkan dia sudah menghabiskan beberapa juta untuk melakukan pembedahan menukar jantina.
Artikel lain: Kakak Nafi Ada Individu Mahu ‘Hapus’ Bella – “Saya Tak Tahu Mana Mereka Dapat Cerita”
“Pada tahun 2011, saya membuat pembedahan hidung dan kos bagi operasi itu mencecah sehingga 8,000 rupiah,” ujarnya.
Selain itu, Lucinta turut berkata bahawa dia memilih untuk membuat pembedahan alat kelaminnya menjadi wanita yang paling mahal dan terbaik di Thailand.
“Siapa yang pernah tidur dengan saya tentu kagum dengan alat kemaluan saya. Bentuknya sama dengan wanita malah lebih putih dan bersih dari yang lain,” kongsinya.
Lucinta Luna pernah ‘tidur’ bersama 28 aktor Indonesia
Dalam pada itu, Lucinta bagaimanapun menyesal atas tindakannya kerana mengubah fitrahnya sekali gus berasa takut untuk masuk ke neraka.
Terdahulu, Lucinta meluahkan hasrat mahu berubah dan kembali menjadi lelaki selain berharap boleh mendapatkan zakarnya semula.
Namun begitu, dia sedar bahawa perkara berkenaan berkemungkinan sesuatu yang mustahil kerana buat masa sekarang, pembedahan seperti itu masih belum ada.
Sumber: YouTube Samuel Christ, Instagram Lucinta Luna