Seorang pelajar tingkatan 3 joli duit Tabung Haji milik ibunya selepas menipu mengatakan dirinya telah ditahan pihak polis dan memerlukan RM25,000 bagi melepaskan diri.
Bersekongkol dengan dua rakan
Dia yang bersekongkol dengan dua lagi rakannya difahamkan sudah lama tidak pulang ke rumah iaitu sejak 27 November tahun lalu.
Pelajar tingkatan 3 joli duit tabung haji ibu termasuklah berhibur di Genting
Memetik laporan dari Harian Metro, wang tabungan yang disimpan ibunya di Tabung Haji itu telah dihabiskan untuk berhibur termasuklah bersuka ria di Genting Highland bersama rakan-rakannya.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, pihaknya menerima laporan dibuat wanita terbabit yang juga pembantu klinik berusia 58 tahun pada 2 Disember lalu.
Menerusi laporan yang dibuat, anak tunggalnya yang berusia 15 tahun itu sudah tidak ada di rumah mereka di Masjid Tanah sejak 27 November lalu.
Selepas beberapa hari menunggu dan anaknya masih tidak pulang ke rumah, wanita itu kemudiannya pergi berjumpa dengan rakan sekolah anaknya.
“Remaja 17 tahun itu memberitahu anak pengadu sedang ditahan polis dan perlu membayar sejumlah wang untuk membebaskannya,” katanya.
Pelajar tingkatan 3 joli duit tabung haji, ibu buat laporan polis
Disebabkan bimbang dengan keselamatan anaknya, wanita berkenaan telah pergi ke cawangan Tabubg Haji di Masjid Tanah dan mengeluarkan RM25,000 sebelum diserahkan kepada rakan remaja terbabit.
Wanita itu kemudiannya membuat semakan pada 1 Disember lalu di Balai Polis Seremban melalui adik iparnya dan terkejut mendapati tiada sebarang tangkapan dibuat atas nama anaknya.
“Ketika itulah mangsa tersedar dan mengesyaki ditipu sebelum membuat laporan,” katanya.
Artikel lain: Bawa 10kg Ganja, Pelajar Tingkatan 4 & Rakan Ditahan Polis -“Dua2 Positif”
Susulan daripada siasatan lanjut, polis telah menahan tiga individu termasuklah pelajar berusia 15 tahun itu yang dipercayai bersubahat dengan dua lelaki yang menyamar polis.
“Ketiga-tiga suspek akan dituduh esok di Mahkamah Majistret Alor Gajah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama,” katanya.
Sumber: Harian Metro (Meor Riduwan Meor Ahmad)